in

“Baik concentrate Tilawah Al-Quran” – Persoal Atlet Negara Tutup Aurat Di Olimpik, Lelaki Ini Dikecam Ramai

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada kali ini berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia apabila pelari negara, Azreen Nabila Alias berjaya melayakkan diri dengan catatan masa yang membanggakan.

Umum mengetahui, atlet kelahiran Terengganu itu tampil dengan imej menutup aurat. Namun, ada individu yang menyuarakan rasa kurang senang dengan penampilan pelari negara itu.


3007 Azreen Fw1178531 Jpn01 30072021 100M Lpr

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang lelaki berpendapat dia tidak kisah dengan keputusan yang diperoleh oleh Azreen Nabila, namun dia berasa kurang senang dengan imej menutup aurat pelari itu di Sukan Olimpik Tokyo.

“Malaysia di tempat terakhir dalam 100 meter wanita. Saya tak kisah dia di tempat terakhir dalam 100 meter, tapi saya tak boleh terima dia berpakaian lain daripada atlet lain”

1

Sambung lelaki ini, Azreen Nabila seolah-olah sedang berlari ketika musim sejuk. Dia juga berpendapat jika pelari ini terpaksa tampil dengan imej menutup aurat, dia perlu berhenti bermain sukan ini dan fokus dalam pertandingan Tilawah Al-Quran.

Bagaimanapun, kenyataan berbaur Islamphobia ini menerima kecaman daripada warganet. Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat pemakaian seseorang atlet tidak mencerminkan apa-apa di dalam sukan.

“Dia layak sebab dia punya rekod”

A

“Germany pun fight for sexualisation”

B

Rosakkan kemakmuran

C

“Pemakaian dia tak beri kesan kepada persembahan”

D

Difahamkan, hantaran lelaki ini sudah pun dipadam selepas menerima kecaman yang hebat daripada warganet tempatan.

BACA: Azreen Nabila Trending di Twitter, Berjaya Pecah Rekod Peribadi di Pusingan Kelayakan 100m Olimpik

Capture

Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.