in

“Bahaya betul” – Netizen Terkejut Bapa Didakwa Belikan Anak-anak Daging Babi

Bapa Beri Anak Daging Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status halal sesuatu makanan itu amat penting bagi masyarakat Islam, selain ia disyariatkan dalam Islam ia juga untuk menjamin kebersihan serta kesucian sesuatu makanan itu.

Terbaru, kecoh di media sosial Facebook apabila seorang bapa dikatakan membelikan anak-anaknya daging babi untuk dimasak beserta barang dapur yang lain.


Perkara penuh kontroversi itu dikongsikan oleh ibu kepada tiga beradik itu, dia dikenali sebagai Cekta Hermosa menunjukkan pertanyaan anaknya kerana berasa was-was dengan rupa fizikal daging mentah itu.

https://www.facebook.com/cektahermosa/posts/pfbid02BEdjP2suE9sMHRQ7B37YEWRcun83mGzAJxzDYERJTRouPKpoevDyjcggvbA29CbTl

“Ayah mereka (bekas suami) memang akan beli barang-barang dapur jika anak-anak minta. Saya tidak tengok barang apa yang dibeli kerana tiada di rumah ketika itu.

Tiba-tiba anak cemas telefon dan mesej hantar gambar bertanyakan daging tersebut jenis apa sebab kelihatan lain dengan daging lembu biasa. Setelah tanya beberapa kawan Cina, 99 peratus daripada mereka semua kata itu daging babi dan larang kami untuk makan.

Lebih menyedihkan, bapa mereka memaki hamun anak tiga orang siap kata nak pijak dan tampar sebab mengadu hal ini pada saya,” tulisnya.

Wanita berkenaan kemudiannya bersyukur kerana digerakkan hati anak-anaknya agar berasa was-was sebelum makan daging tersebut yang dikatakan dibeli daripada seorang penjual Melayu di pasar Permatang Pauh.

Pun begitu, dia tidak tahu ingin menyalahkan mana-mana pihak namun meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk membuat operasi bagi menyiasat kesahihan di sebalik isu tersebut.

Bahaya betul lah…

Baca: “Dipaksa makan babi” – Mangsa Dedah Penderitaan Jadi ‘Hamba Moden’ Sindiket Pekerjaan Luar Negara

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.