Tragedi yang tak disangka-sangka. Semuanya bermula selepas gadis ini dijangkiti kutu semasa berada di sekolah asrama.
Aleema Ali, pulang dari sekolah asramanya sempena cuti Perayaan Krismas bersama ‘pakej’ kutu. Jadi untuk menghilangkannya, Aleema menggunakan shampu ubat kutu.
Selepas memakai shampu tersebut, Aleema perlu menunggu 5 minit sebelum membasuh rambutnya. Jadi sementara menunggu 5 minit tersebut berakhir, dia pergi ke dapur untuk mengambil sampah untuk dibuang.
Saat itu pula, ibunya sedang memasak dan masing-masing antara mereka tak menyedari yang shampu tersebut sebenarnya sangat mudah terbakar.
Gambarnya sebelum dan selepas kejadian.
Menceritakan kembali kejadian itu, Aleema berkata,
“Saya pergi ke dapur untuk ambil sampah dan semasa saya sedang melalui ruangan dapur, rambut saya terbakar.”
“Saya panik dan hanya berfikir yang saya akan mati.”
“Saya dalam keadaan koma selama dua bulan.”
Melecur tahap 3 dan hilang 7 jari
Akibat kebakaran tersebut, Aleema mengalami kecederaan melecur tahap 3 di lebih separuh bahagian tubuhnya iaitu sebanyak 55 peratus termasuk muka, kepala, tangan, dada, peha, perut, dan belakang badan.
Selain itu, menurut metro.uk, dia juga kehilangan 7 batang jari dan kini hanya mampu menggerakkan 2 jari yang tinggal.
Ini adalah gambarnya semasa sedang dalam rawatan di hospital
Namun tragedi ini disyukuri oleh Aleema kini selepas 4 tahun.
“Ia menjadikan saya manusia yang lebih baik. Rasa sayang dan keyakinan diri saya meningkat dengan banyak.”
Ia sememangnya mengubah hidup saya kepada yang lebih baik. Saya lebih kuat, berani dan yakin daripada sebelum ini.”
Sekarang dia melakukan tutorial make-up di tiktok dan mempunyai lebih dari 250,000 pengikut. Korang boleh tengok di @aleemaxali. Ini post terbaru Aleema.
https://www.tiktok.com/@aleemaxali/video/6884525166110510337?source=h5_m
Cantik kan dia? Korang jangan lupa check sesuatu produk tu mudah terbakar atau tak. Hati-hati!
Baca : Wanita Melecur Disambar Api Selepas Hand Sanitizer Meletup Ketika Hendak Nyalakan Lilin