Baru mendirikan rumah tangga, Ina Naim dan suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, muncul dalam satu sesi live buat pertama kalinya semalam.
Penstriman itu mendapat perhatian netizen sehinggakan ia mencapai lebih 22,900 tontonan semasa! Wah ramai yang suka dengan Ina ni…
@ninaina678
Menurut Sinar Harian, tak cukup dengan itu, siaran langsung tersebut juga mendapat 2.7 juta likes dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang satu jam mereka bersiaran di TikTok.
Artikel berkaitan: “Saya sangat tertarik dengan cara arwah Suhaimi ‘homeschool’ anak-anak” – Suami Ina Naim
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sah Bernikah Dengan Mohd Khairul Rizal, Terima Wang Hantaran RM7,000
“Terima kasih yang mendoakan” – Ina
Ina dalam sesi live yang diadakan semalam itu berkata, dia dan suami hanya sekadar ingin berbual kosong bersama peminat dan juga menjelaskan yang mereka bakal menjalankan semula perniagaan jualan mi siput yang terhenti seketika.
Terima kasih mendoakan dan memberi ‘gift’ kepada kami, tak elok pula nak hentikan ‘live’ tetapi ada yang masih nak beri hadiah.
“Saya pun tak boleh berlama-lama sebab nak siapkan pembungkusan mi siput yang terhenti sekejap,“ katanya.
Khairul juga masa yang sama memberitahu bahawa anak-anak mereka semua sporting dan sangat rapat dengannya dan Ina.
@aida_siamil Membalas kepada @fauziahhashim36 Alhamdulillah, Semoga Bahagia hingga ke syurga. Syukur anak – anak Ina Naim pun faham 😄 #inanaim #inanaimkahwin #fyp #fypage
Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini juga sempat memberi kata-kata motivasi dan nasihat kepada pengguna media sosial dan menceritakan sedikit sebanyak mengenai kehidupan berumah tangga buat kali yang kedua.
Untuk rekod, Ina dan Mohd Khairul Rizal yang merupakan duda anak dua telah melangsungkan perkahwinan pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Semoga terus bahagia. Amin!
Sumber: Sinar Harian, TikTok