in

“Baguslah aku dah tak tahan dah ni” – MET Anggarkan Jerebu Akan Berkurang Minggu Depan & Hilang Dalam Masa Dua Minggu

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Finally! Ada juga berita baik yang kita look forward to minggu depan.

Setelah beberapa minggu kita sedut asap jerebu dari negara jiran, asap ni dikatakan akan berkurangan dalam masa beberapa hari ni dan akan hilang dalam masa 2 minggu disebabkan oleh penukaran arah angin. Woot woot


Giphy 2

Menurut SinChew Daily, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengatakan ramalan cuaca menunjukkan kualiti udara akan beransur pulih pada hari Sabtu atau Ahad di kawasan Timur Malaysia manakala kawasan Barat Malaysia, ia akan beransur pulih pada hari Ahad atau Isnin.

Beberapa hari lagi, arah angin akan bertiup dari timur ke barat dan jika tiupan angin stabil, jerebu akan ditiup ke arah Sumatera, Indonesia.

Walaupun angin akan bertukar arah, jerebu tak akan hilang sepenuhnya tapi MET menjangkakan bacaan API akan berada di bawah 100.

MET menambah, bacaan normal API di Malaysia adalah dalam lingkungan 50 akibat dari pencemaran udara dari kenderaan.

093Baf30 D480 11E9 A556 D14D94601503 Image Hires 120346
Sumber: south china morning post

Jika arah angin stabil, kualiti udara akan beransur pulih tapi jika tak stabil, jerebu akan berterusan.”

Ok, hopefully ramalan MET benar belaka. 

 

Baca: “Rasa macam otw ke alam barzakh” – Jerebu Terlampau Teruk, Netizen Terkejut Tengok Video Jambatan Pulau Pinang ‘Hilang’

Screenshot 2019 09 20 At 9.46.44 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.