Baru-baru ini, tular perkongsian dari Era FM di TikTok yang memaparkan seorang pemanggil radio berkongsi mengenai kisah hidupnya yang sangat memeritkan.
Menurut ‘caller’ berkenaan, pada usia 13 tahun, dia telah ditinggalkan oleh ibunya yang mahu berkahwin dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua kepada lelaki itu.
Tidak lama selepas itu pula, ayahnya meninggal dunia dan dia terpaksa menyara kehidupannya dan dua orang adik sendirian tanpa bantuan ibu yang sudah mempunyai keluarga baru itu.
Artikel berkaitan: Pernah Seminggu Tak Ada Pelanggan, Netizen Sedih Lihat Kegigihan Pasangan Ini Niaga Nasi Bajet Depan Rumah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Walau 3 Tahun Berlalu, Tangisan Rindu Anak Perempuan Di Kubur Ibu Buat Netizen Sedih
Walau bagaimanapun, selepas bertahun kemudian, ibu wanita ini hadir secara tiba-tiba dengan niat untuk memohon keampunan dan merapatkan semula silaturrahim dengan anak-anaknya yang sudah ditinggalkan.
Wanita ini walau bagaimanapun meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap ibu kerana tidak mempedulikannya dan adik beradik sebelum ini dan merasakan agak berat untuk memaafkan ibu kandungnya itu.
Neelofa dan Nabil beri nasihat maafkan ibu
Selesai ‘caller’ itu meluahkan ceritanya, Neelofa kemudian telah memberi nasihat agar wanita itu memaafkan ibunya walaupun perkara itu amat susah dilakukan setelah apa yang dilalui sebelum ini.
Kita sebagai hamba Allah, kita buat macam mana pun hubungan dengan ibu tu tak boleh diputuskan.
“Walau seteruk sekeji mana dia pun. Dan kesalahan dia itu memang susah untuk kita lupakan tapi maafkan tu mungkin. Dengan usaha kesusahan maafkan dia tu, ada kebaikan yang Allah akan berikan nanti,” kata Neelofa
Tak cukup dengan itu, Nabil juga sempat menceritakan kisah di zaman Nabi Musa A.S tentang seorang lelaki memandikan dua ekor khinzir yang rupa-rupanya ibu bapa sendiri dan memberi nasihat agar wanita itu memuliakan ibunya walaupun bagaimana buruk ibunya itu.
Maknanya penerimaan seorang anak kepada ibu bapa itu, walau seteruk manapun ibu bapa itu, kita sebagai anak, kita kena muliakan juga dia orang,” kata Nabil.
@era.je Allahu. Bayangkan betapa traumanya Laila (bukan nama sebenar) sampai sekarang dia susah nak bagi kepercayaan pada orang. Banyak pengorbanan yang Laila kena buat. Cuma sekadar nasihat dari @nabilzira & @neelofa , awak maafkan dan berbaiklah dengan ibu. Apa pun Laila, awak memang orang yang hebat. Moga Allah permudahkan urusan awak 🤲🏻🥹 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA #JumaatBersamaLOFA
“Pesan aku jangan maafkan. Jangan dengar cakap lopa tu”
Video itu walau bagaimanapun mendapat komen yang pelbagai daripada netizen dengan kebanyakannya merasakan nasihat yang diberikan Neelofa serta Nabil itu agak tidak kena.
Menurut netizen, Neelofa mahupun Nabil tidak memahami keperitan yang dialami caller berkenaan dan menyuruhnya untuk memaafkan ibunya dengan mudah adalah satu perkara yang tidak wajar.
Perkara ini juga mendapat perhatian pengguna di Facebook yang memberi pendapat peribadinya mengenai respon Neelofa dan Nabil.
Pun begitu, ada juga di antara netizen yang merasakan apa yang dinasihatkan Neelofa itu ada benarnya kerana dengan menyimpan dendam dan rasa tidak puas hati hanya akan membuatkan hidup seseorang itu tidak tenang.
Sebak dengar kisahnya, harap dia tabah dengan dugaan yang menimpa.