in

“Bagi peluang dekat lain juga ” – Lepas Ditegur Pelanggan, Chef Ammar Tetapkan Peraturan Baru

Ft Nasi Arab Beratur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang musim bulan Ramadan tahun ini, hampir setiap waktu kita akan dengar masalah daripada pelanggan yang tak puas hati dengan makanan yang mereka beli di bazar.

Kalau sebelum ini, bazar memang sinonim dengan karipap inti oksigen, tapi untuk tahun ni macam-macam versi ada, namun begitu ada juga yang tak faham dan sengaja ambil kesempatan, macam kes Chef Ammar ni.


 

Pernah viral isu harga ‘Tel Aviv’

Minggu lalu, Chef Ammar menjadi mangsa kecaman netizen kerana dikatakan menjual makanan dengan harga ‘Tel Aviv’, bagaimanapun isu telah dijawab oleh tuan empunya badan dengan menjelaskan bahawa bahan yang digunakan itu setanding dengan harganya, malah mejoriti pelanggannya akui denga keenakan dan kualiti air tangan chef kelahiran Palestin itu.

Bagaimanapun selesai isu ini, timbul pula isu lain apabila baru-baru ini, Chef Ammar kembali menjadi tumpuan apabila satu video viral memaparkan pelanggan yang beratur di tempat perniagaannya menzahirkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak sempat membeli nasi Arab kerana kehabisan selepas beratur lama.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga.”

https://www.instagram.com/p/CcPMCYUgzbs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=fef50bb9-47b5-4c47-b0c8-2dc35d440293

Hadkan jumlah pembelian sampai 4 set sahaja

Chefammar3
Berikutan itu, Chef Ammar sekali lagi ‘buka mulut’ berhubung isu itu. Bagi berlaku adil, setiap individu dihadkan membeli maksimum 4 set sahaja bermula hari ini.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang belum untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi Seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.”

“Kami juga telah bercakap dengan pihak berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.”

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk memberi 2 pax kambing dan 2 pax ayam…iaitu maksima 4 pax. Ini peraturan kami demi berlaku adik kepada pelanggan.” Katanya kepada mStar Online.

Chefammar2

Malah, pihaknya juga akan memasang banner di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelanggan mengenai ketatapan baharu itu.

Beliau juga menyedari pelbagai cadangan untuk mengelakkan perkara ini terjadi, namun Chef Ammar menjelaskan bahawa mereka juga ada bajet untuk setiap hari, jika dah cukup, itu sahaja.

“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti fast food. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.”

“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.”

Chefammar

“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula…semua perkara dibalik tabir ini pelanggan tak sampak.”

Namun, pihaknya ada menyediakan lorong ekspres untuk golongan ibu hamil dan warga emas, bahkan ada 2 kaunter juruwang agar urusan jual beli lebih pantas dan mudah.

Baca : “Hati saya sakit” – Chef Ammar Marah, Ada Netizen Kutuk Nasi Arab Harga Tel Aviv?

Chef Ammar Naik Angin Nasi Arab Harga Yahudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.