Tahun lepas, kumpulan Pop dari United Kingdom (UK) iaitu Coldplay membuat konsert pertamanya di Malaysia bagi siri jelajahnya, Music of The Spheres.
Meskipun menimbulkan pelbagai perbalahan, namun terdapat khabar angin bahawa pelantun lagu Yellow itu akan ‘bertandang’ kembali ke Malaysia.
Artikel berkaitan: #COLDPLAYinKL Atasi Rekod Siti Nurhaliza 20 Tahun Lalu, Ini Senarai Artis Dengan Penonton Paling Ramai Di Bukit Jalil
Artikel berkaitan: Hajat Nak Ke Konsert Coldplay Tak Kesampaian, Keluarga Bawa Gambar Mendiang Masa Hari Berlangsung
Ia susulan satu IG Story yang dimuat naik oleh penganjur konsert Colplay, GoLive Asia dengan kapsyen ‘adakah mereka akan kembali semula’.
Perkara itu kemudiannya menimbulkan rasa teruja khususnya peminat mereka yang terlepas daripada membeli tiket konsert tersebut tahun lalu.
Namun, selepas beberapa ketika IG Story tersebut kemudiannya dipadam dan tiada kenyataan susulan berkenaan IG Story tersebut.
“Tahun depan please!”
Keterujaan peminat Coldplay dapat dilihat melalui aplikasi X yang rata-rata berharap agar konsert tersebut diadakan.
Sebagai info, konsert The Music of the Spheres World Tour yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu mencatat sejarah apabila menerima jumlah penonton paling ramai sepanjang mereka mengadakan persembahan.
Menurut laman X Coldplay Chart, konsert tersebut berjaya mengutip jualan sebanyak 81,812 tiket.
Sumber: Kosmo!