in

“Badan saya jadi menggigil dan panik “- Gerak Hati Penjaga Tandas Berjaya Selamatkan ‘Hidup’ Bayi Baru Lahir Yang Ditinggal Dalam Kotak

FEATURED 7

Ramai pasangan yang berkahwin inginkan cahaya mata sebagai penyeri, namun ianya bukan sesuatu yang mudah seperti membeli goreng pisang di tepi jalan.

Walaupun sudah melakukan pelbagai usaha selain memanjatkan doa kepada yang Maha Esa, namun jika belum rezeki makan belum lah.

Sebab itu ramai yang cukup marah dan kecewa bila ada bayi yang menjadi mangsa ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

 

Detik hati penjaga tandas selamatkan ‘hidup’ bayi yang ditinggalkan

Terbaharu memetik page facebook Kelantanese, seorang bayi lelaki yang baru lahir ditinggalkan di dalam sebuah kotak di depan surah di Kuantan. Bayi yang tali pusatnya sudah dipotong itu, dijumpai Zahidah Abd Rashid, 45 tahun pada kira-kira 10 pagi.

54463019 2111673798929156 364061081779306496 n
Sumber : Facebook

54519306 2111673882262481 7681213640669659136 n

Zahidah yang juga merupakan seorang penjaga tandas berkata, dia pada ketika itu hendak memulakan tugas dan tergerak hati untuk memeriksa tandas dekat surau bagi memastikan sama ada pintunya berkunci atau tidak.

Katanya, biasanya dia tidak periksa kawasan surau tapi pada pagi tersebut hatinya tergerak untuk pergi ke kawasan tersebut dan kemudiannya pelik dengan kehadiran sebuah kotak yang ada di sepan surau tersebut..Instinct seorang wanita.

“Apabila saya menghampirinya terdengar bunyi dari arah dalam kotak tersebut dan saya sangkakan mungkin orang membuang anak kucing di situ, namun saya berasa amat terkejut apabila kotak itu dibuka, didapati dalamnya terdapat seorang bayi.

“Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan (saya), badan saya jadi menggigil dan panik sebentar sebelum bertindak memanggil rakan sekerja yang lain,”

 

Pelaku mungkin tahu lokasi Pantai Teluk Cempedak tak ramai pengunjung awal pagi sebab itu..

Sejurus kemudian, dia meminta seorang rakannya untuk menghubungi polis dan melaporkan penemuan bayi terbabit.

Saya sempat memeriksa bayi itu sebelum polis tiba dan mendapati dia dalam keadaan bersih dan hanya ada sedikit tompokan darah di sekitar bahagian tali pusatnya.”

54730361 2111673922262477 6650947678957993984 n
Sumber : facebook

54518582 2111673958929140 377990219065982976 n

Zahidah beranggapan pihak yang membuang bayi tersebut tahu mengenai kawasan Pantai Teluk Cempedak yang tidak mempunyai ramai pengunjung pada awal pagi terutamanya hari bekerja, sebab itu berkemungkinan bayi tersebut di letakkan di kawasan itu.

Memang tindakan membuang bayi tersebut sesuatu yang tidak bermoral tapi alhamdulillah sebab bayi tersebut diberi hidup dan tidak dibunuh. Semoga bayi tersebut terus sihat dan menjadi insan yang baik. Amin.

Baca : Wey setan nak buang biar baby tu hidup Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditinggalkan Dalam Beg Galas Di Tengah Sungai

BABY 1