Persekitaran toksik ini bukan sahaja dalam hubungan mahupun persahabatan, ada kalanya ia datang daripada keluarga sendiri. Ia pastinya menjadi penyumbang tekanan dan kemurungan seseorang kerana mentalnya terjejas.
Bagi mengenal pasti petanda-petanda sebuah keluarga itu toksik, badan bukan kerajaan Public Health Malaysia (PHG) di platform media sosial X, ada menghuraikan ciri-ciri tersebut.
Artikel Berkaitan : “Bila majikan cakap kita keluarga…” – Ramai Setuju Ayat Sentap Hazeman Huzir Pasal ‘Janji Palsu’ Majikan
Artikel Berkaitan : Gara-gara Kongsi Tips Yakinkan Isteri Untuk Ada Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikecam?
Menurut PHM, perselisihan faham dalam keluarga itu adalah normal, namun keluarga toksik itu merujuk kepada lingkungan yang penuh dengan perilaku negatif, konflik dan hubungan yang tidak sihat yang mana seringkali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.
Antara ciri-ciri tersebut adalah memanipulasi seseorang untuk buat rasa bersalah, merendahkan atau memalukan individu tersebut, kerap membanding-bandingkan, penderaan fizikal, mental dan emosi, enggan bertanggungjawab atas kesilapan diri, selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri dan jadi penyebab bebanan ekonomi serta kewangan.
Keluarga toksik merujuk pada lingkungan keluarga yang penuh dengan perilaku negatif, konflik, dan hubungan yang tidak sehat, seringkali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.
Perselisihan faham dikalangan ahli keluarga adalah satu perkara normal.
Thread. pic.twitter.com/6itIfv09WK
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) October 12, 2023
“Tetapi jika persekitaran toksik dalam keluarga berlaku secara berterusan. Ia akan menyebabkan beban kesihatan mental yang parah.”
“Cari seseorang yang anda percayai untuk anda luahkan perasaan dan dapatkan bantuan jika anda memerlukan sokongan.”
Namun begitu, ada segelintir warganet dapat menghidu bahawa info ini seolah-oleh merujuk kepada suatu kes yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Naluri mereka lagi kuat apabila ada grafik yang memperlihat seorang wanita bertudung seperti memberi bayangan kepada kelibat seseorang.
Ini hanyalah sekadar info, tak ada nak maksudkan sesiapa kot. Kita husnuzon je.
Sumber: X