in

Badan Banyak Susut, Ramai Sedih Bila Dapat Tahu Chef ‘Senyum’ Turki Alami Tumor Otak

Czn Burak Alami Tumor Otak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada chef Turki, Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai ‘Salt Bae’ yang memang terkenal dengan teknik menabur seasoning atas daging dengan gayanya tersendiri, korang mesti kenal dengan chef Burak Özdemir yang selalu senyum sambil pandang kamera ketika masak.

Mesra dikenali dengan nama CZN Burak, chef berusia 27 tahun yang gemar masak hidangan saiz besar ini juga suka berbagi rezeki bersama orang-orang susah termasuklah menolong masyarakat di negara bergolak. Memang pemurah chef ni!


Namun terbaru, ramai peminat global sedih apabila dia dikhabarkan sedang menanggung derita tumor otak. Dalam 2 hari lalu, chef ini telah memuatnaik video di TikToknya @cznburak memperlihatkan dia tengah terbaring atas katil hospital dengan wayar berselirat.

@cznburak

❤️❤️🤲🤲

♬ ELHAMDÜLİLLAH – 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆

Apa yang lebih sebak lagi, berat badan Burak juga sudah semakin susut dan wajahnya benar-benar nampak seperti tidak bermaya. Senyumannya juga kelihatan pudar dalam video tersebut. Di sebalik wajahnya yang selalu ceria, siapa sangka chef Burak menanggung ujian seberat ini.

Dalam perkongsian terbaru, ramai yang semakin risau apabila membaca kapsyen chef ini yang menyatakan andai dirinya sudah tiada lagi di dunia, dia berpesan cukuplah namanya dikenang semula menerusi 1001 video kerja kebajikan dan masakan yang pernah dibuat sebelum ini.

@cznburak

❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐎𝐌𝐀𝐑𝐎𝐅𝐅

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar chef ini segera sembuh dan boleh kembali menceriakan orang ramai. Ada juga netizen yang memberi semangat agar Burak sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian yang menimpanya.

“Please stay strong and we all pray for you ❤️??” – Komen netizen

“We love youuuu get well soon?” – Komen netizen

Komen Burak

Semoga CZN Burak cepat sembuh dan boleh ceriakan lagi netizen dengan video masaknya!

Baca: “Saya jual ginjal” – Bapa Buat Iklan Nak Jual Organ Kat Orang Ramai Sebab Nak Tampung Anak Sakit Tumor Otak 

Bawah 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.