in

Baby Shima Nafi Nak Pindah Indonesia Sebab Tak Tahan Dibuli Netizen Malaysia

Collage 51

Macam yang korang semua tahu, penyanyi dangdut Baby Shima sering terpalit dengan kontroversi sehingga banyak mendapat kecaman dari netizen.

Baru-baru ini pula, portal hiburan di Indonesia mendakwa penyanyi ini dikatakan tertekan kerana sering dibuli netizen Malaysia sehingga dia mahu tukar statusnya menjadi warganegara seberang.

Screenshot 2021 11 24 At 12.52.09 Pm Down

“Saya masih mencintai tanah air saya ini”

Menerusi mStar, Baby Shima menafikan dakwaan tersebut malah turut mengatakan gara-gara headline yang dibuat, dirinya tambah tertekan sekaran ramai yang salah faham sehingga dia teruk dikecam.

Kecaman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi deprasi… Selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara,”

“Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah kewarganegaraan,”

“Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana.”

Peminat di sana lebih menghargai

Screenshot 2021 11 24 At 1.00.35 Pm

Namun begitu, penyanyi dangdut ini turut mengakui yang peminat dari negara seberang itu lebih menghargai dirinya dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu hadir ke konsert yang dibuatnya.

Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan netizen kedua-dua negara macam mana…kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu,”

“Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.”

Untuk pengetahuan korang, nama Baby Shima mula meningkat naik di Indonesia selepas dia menyertai pertandingan D’Academy Asia 3 pada tahun 2017 lalu dan sejak dari itu, dia mula dikenali dan diterima oleh peminat di sana.

 

Baca: “Dia dah lama rancang, kita yang LALAI” – Gambar Baby Shima Di Kelab Malam Rupanya Babak MV Lagu Baru

Screenshot 2021 11 24 At 1.04.48 Pm