in

“Babai adik!” – Jenazah Amir Selamat Dikebumi, Sayu Lihat Ibu Angkat Istighfar Sambil Peluk Bantal Busuk

Ft Amirkebumi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenazah adik Zubaidi Amir Qusyairi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin. Itulah yang dikongsikan ahli keluarga angkat arwah, tuhfahnazira melalui Instagram.

Jenazah yang dituntut pagi tadi telah dibawa ke Madrasah As Syakirin di Simpang Bekoh untuk dimandikan dan disolatkan. Menurut mStar, sejak berita ini tular keluarga angkat arwah dihujani ucapan takziah daripada netizen.


Amir1

Amir2

Alhamdulillah… prosesnya sangat mudah diiringi angin, sejuk, tenang. Anak syurga. Amin.”

Itu komen salah seorang pengikut Tuhfah Nazira di Instagram dan semalam, pihak keluarga angkat memaklumkan mereka berharap agar jenazah dapat dikebumikan di Selangor namun redha dan akur dengan keputusan waris kandung Amir.

https://www.instagram.com/p/CKvL31TBRcA/

Tuhfah Nazira turut berharap agar orang ramai mendoakan ibunya, Norlida Abu Hassan diberikan kekuatan apabila jenazah diputuskan untuk dikebumi di Melaka, bukan di Rawang sepertimana yang dihajatinya.

Melalui instastory, ibunya dilihat duduk memeluk bantal busuk sambil beristighfar memujuk hati, memandangkan waris kandung adik Amir mahu jenazahnya dikebumikan di Melaka.

Amir3

Amir5

Doakan umi kuat dengan keputusan di Melaka. Kami sekeluarga tiada hak dan kuasa apa-apa, kami sekeluarga berharap pada kuasa Allah saja.”

Apa yang kami boleh buat melainkan dengan pujuk rayu kepada pihak sana. Kami mungkin kalah dengan mereka tentang itu tetapi kami menang di hati Amir dan semua. Allahuakbar.”

Amir7

Baca: “Kita akur jika keluarga kandung kekal keputusan itu” – Ibu Kandung Adik Amir Bertegas Ingin Kebumikan Anak di Kampungnya

Amir Dera

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.