Rasanya satu Malaysia dah familiar dengan nama Dato’ Azizulhasni Awang, pelumba basikal professional terkemuka negara.
Atlet yang juga dikenali dengan nama Pocket Rocket Man ini beberapa kali mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, termasuklah memenangi pingat perak di pentas Olimpik Ogos lepas.
Melalui laman Twitter, Dato’ Azizulhasni baru-baru ini berkongsikan aksi anaknya, Khadeeja memecut basikal dengan laju di sekitar Melbourne, Australia. Nampak dah ciri-ciri Pocket Rocket Girl ni!
I think soon Khadeeja will beat me in the bike race😂. This little girl got a pretty good leg speed🔥💪#family #familytime #daughter#daddydaughter #daddydaughtertime#keluargamalaysia #WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia #MalaysiaBoleh#teamazizul #azizulawang pic.twitter.com/tq3kYZd0bm
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) November 23, 2021
Walaupun basikal itu nampak comel dengan warnanya serta bakul di bahagian hadapan, namun gaya pecutan gadis cilik itu dilihat pantas. Sampaikan Dato’ Azizulhasni sendiri tidak aneh jika anak perempuannya itu akan mengalahkannya satu hari nanti. Future star nanti ni!
Saya rasa tak lama lagi Khadeeja akan kalahkan saya dalam perlumbaan basikal. Gadis kecil ini mempunyai kelajuan kaki yang sangat baik”
Lebih mengagumkan, dalam usia seawal itu Khadeeja bijak mengawal basikalnya tanpa memerlukan dua roda bantuan seperti basikal kanak-kanak lain.
Dato’ Azizulhasni dilihat mengiringi anak perempuannya itu menunggang basikal di tepi jalan dan kawasan perumahan, di mana suasana sekelilingnya selamat untuk aktiviti riadah. Gadis cilik itu juga dilengkapi dengan topi keledar sebagai langkah keselamatan.
Rata-rata netizen kagum melihat aksi Khadeeja, namun tidak aneh kerana sudah memang mengikut jejak langkah ayahnya yang handal berbasikal. Mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?
Memang power la, Khadeeja! Semoga dapat warisi bakat ayah untuk jadi wakil Malaysia satu hari nanti.
Sumber: Twitter
Baca: Setelah 4 bulan berjauhan, Azizulhasni Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga Di Australia