in

Azar Azmi Didakwa ‘Hilang’, Mesej Dengan Hafreez Adam Pun Tak Balas?

azar 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, dunia seni dikejutkan dengan misteri kehilangan seorang pelakon terkenal, Azar Azmi yang dikatakan mendiamkan diri secara tiba-tiba. Bukan peminat sahaja yang perasan, rakan artis juga tertanya-tanya akan keberadaan pelakon tersebut.

Sebelum ini, Azar rapat dengan seorang pelakon lelaki, Hafreez Adam dan mereka pernah dalam fasa mengenali hati budi namun sekitar Julai 2021, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.


azar 3

Mesej September 2022 tak dibalas

Hafreez yang dihubungi mStar memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Azar pada bulan September tahun yang sama tetapi terus ‘hilang’ sampai ke hari ini.

Saya pernah hantar mesej kepadanya pada November 2022 apabila produksi mencarinya namun mesej tersebut tidak dibalas.

Artikel berkaitan: Ibu Cemas Anak Hilang Dalam Mall, Orang Ramai Bantu Carikan Sampai Jumpa

Artikel berkaitan: Mayat Kanak-kanak 11 Tahun Akhirnya Ditemui Selepas 3 Hari Hilang Dalam Banjir

Selain itu, usaha menjejaki keluarga Azar boleh dikatakan sia-sia dan pengurusnya juga tidak tahu kemana pelakon tersebut pergi.

Janna Nick pernah nampak Azar bersenam tapi..

Ujar Hafreez, rakan artis lain iaitu Janna Nick memberitahu Azar pernah menghantar mesej ternampak Janna sedang berjoging namun Azar enggan bertemu. Bukan itu sahaja, Hafreez pernah mendapat mesej daripada peminat yang ternampak Azar di stadium.

Sebelum ini, Janna ada beritahu dia dapat mesej daripada Azar beritahu dia ternampak Janna sedang berjoging tapi dia enggan bertemu.

Saya tahu tentang kelurganya tetap tiada nombor untuk dihubungi.

azar 2

Hafreez yang menyifatkan pelakon drama Nur 2 itu seorang yang ceria namun di sebalik tawa seseorang itu pasti ada duka yang disembunyikan.

Mungkin dia perlu ruang untuk diri sendiri. Kita sendiri pun tidak tahu apa yang dia lalui.

Kalau boleh maklumkan pada seseorang sekurang-kurangnya dia dalam keadaan baik. Saya mahu dia tahu bahawa ramai orang sayangkan dia.

Untuk rekod, Azar Azmi atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi merupakan bekas peserta program Demi Remaja tahun 2009/10. Namanya juga sering disebut-sebut dalam industri seni apabila membintangi drama Nur, Pujaan Hati Kanda dan Suri Hati Mr Pilot.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.