in

“Ayah saya masak ketum” – Cikgu Rakam Anak Mengaku Bapa Masak Ketum Di Rumah, Penceramah Mohon Jangan Sebar Video Sebab…

Masaklah Ketum

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang murid sekolah rendah yang memberitahu guru bahawa ayahnya pandai memasak ketum.

Semuanya bermula apabila guru tersebut bertanya kepada kelas sama ada ayah mereka pandai memasak di rumah ataupun tidak.

Budak itu yang tidak memahami apa-apa terus menjawab, “Ayah saya masak ketum.” 

117467489 3284373004963425 5544436341932248494 N

Video tersebut kemudian viral dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang berpendapat tindakan guru tersebut tidak wajar dalam merakam dan viralkan apa yang dilakukan pelajarnya di dalam kelas.

Tak pasal-pasal budak tu juga mendapat malu dan bakal dibuli oleh rakan-rakannya yang lain. Aduhai! 

Tak Elok

 

Cikgu PM tepi penceramah cerita hal sebenar

Isu ini juga mendapat perhatian penceramah Akhi Fairuz Al Jengkawi di Facebook yang pada mulanya tidak bersetuju dengan tindakan guru itu. Pun begitu, dia kemudian menukar pandangan terhadap isu tersebut setelah mendapat ‘Private Message’ daripada guru yang merakam video itu. 

Menurut guru itu, dia tiada niat untuk viralkan video tersebut dan dia hanya menghantar video itu kepada ibu kanak-kanak terbabit sahaja. Jadi siapa yang viralkannya? 

Tambah Akhi Fairuz lagi, guru itu juga hanya nak bantu pelajar tersebut dan berharap ibu murid  memberitahu hal sebenar kepada anaknya.

https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/3284373044963421

 

Apa-apapun Akhi Fairuz meminta para netizen janganlah lagi tularkan video tersebut dan untuk mengelakkan kejadian ini terus berulang:

1. Mohon cikgu tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video itu terus kepada parents. Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham.

2. Rujuk pentadbir sekolah. Bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya.

3. Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu.

4. Maklumkan pada ibu bapa apakah impak buruk yang dialami anak jika si ayah tak berubah (jika benar menurut dakwaan anak).

5. Jika kes berat, ayah atau ibu murid terlibat dengan penyalahgunaan dadah, maka rujuk pihak polis dan JKM.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua. 

Baca: “Sorang tukang rakam, lagi 4 belasah” – [VIDEO] Lima Pelajar Sekolah di Ranau DITANGKAP Polis Lepas Video Gaduh Viral

Gaduh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook