in

Ayah mungkin selamat kalau tak berhenti…” – Gadis Persoal Tindakan Pembantu Perubatan Hentikan Ambulans Untuk Isi Minyak

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita percaya, institusi perubatan sentiasa mahu berikan perkhidmatan dan penjagaan terbaik kepada kita. Tapi, kalau terang-terang depan mata dorang sambil lewa atau cuai, siapa tak marah kan? Lagi-lagi bila ia membabitkan nyawa seseorang.

Situasi yang sama berlaku kepada keluarga Fung Ying yang kehilangan bapanya pada 11 Mac lalu akibat kegagalan institusi perubatan. Dilaporkan bapa Fung Ying, Lai Kim meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke hospital disebabkan sikap sambil lewa pemandu dan pemandu perubatan yang terlibat ketila itu. selepas ambulans tersebut mengalami kelewatan.


Segalanya didedahkan Fung Ying dalam status Facebook-nya yang jelas kecewa dengan sikap mereka.

“Pada pagi itu, bapa saya alami sakit perut yang ekstrem dan kadar denyutan jantungnya laju. Ibu saya dan adik lelaki saya kejarkan bapa saya ke klinik berhampiran,  Klinik Kesihatan Siburan di kejiranan kami. 

“Bacaan ECG menunjukkan kadar jantung bapa saya tak normal dan klinik tersebut tak mempunyai peralatan untuk diagnos punca sakit perut itu. Doktor kemudian mengarahkan bapa saya untuk dihantar ke hospital.

“Malangnya, ambulans tersebut tak terus pergi ke hospital dan siren pun tak diaktifkan. Dengan bapa saya yang sedang dalam kesakitan, mereka sempat singgah ke Petronas Siburan untuk isi minyak.

“Di sana sebuah lari telah melanggar sedikit ambulans tersebut menyebabkan pintu pemandu tak dapat ditutup.

“Ibu saya mengatakan, ketika kemalangan itu berlaku, bapa saya masih sedarkan diri. Dia memberitahu ibu saya, ‘Macam mana boleh accident? Kita sepatutnya dah sampai hospital sekarang’. Saya percaya kemalangan ini telah memakan masa yang lama di stesyen minyak.”

Rtaambulans
utusan borneo

Lebih mengejutkan, pembantu perubatan dan pemandu itu sempat singgah ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kemalangan kecil itu dan membiarkan bapa yang sedang sakit ini di dalam ambulans bersama keluarganya.

Nak dijadikan cerita, pada ketika itu juga bapa Fung Ying berhenti bernafas dan dahinya menjadi sejuk.

“Abang saya segera meminta bantuan pembantu perubatan yang berada dalam balai polis. Pembantu perubatan ini telah melakukan CPR selama 15 minit ke atas bapa saya. Malangnya, bapa saya tak dapat diselamatkan dan meninggal lebih kurang pukul 11 pagi.”

Kini, sudah lebih seminggu bapanya meninggal dunia tapi keluarga Fung Ying hanya dapat permohonan maaf sahaja. Fung Ying menuntut penjelasan dari pihak berkuasa bagi pihak ibunya dan mempersoalkan SOP mereka.

Harapnya keluarga Fung Ying akan merima jawapan dari pihak yang bertanggungjawab.

Baca: “Takde sesiapa panggil ambulans!” – Lelaki Dilanggar Kereta Di KL Mati Sebab Tak Dapat Pertolongan

Screenshot 2019 03 19 At 3.09.57 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.