Nama pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video memaparkan penampilannya memakai baju yang agak terdedah.
Menerusi hantaran video di TikTok, Daiyan dilihat memakai dress berwarna kuning cair dengan bahagian dada yang terdedah.
@shiyojoo_ Daiyan Trisha by #shiyomakeup #daiyantrisha
Artikel berkaitan: “Done blocked” – Daiyan Trisha Dikecam Pakai Baju Jarang Tapi Ramai Yang Komen Bukan ‘Follower’
Artikel berkaitan: “Tak semua boleh buat macam dia” – Netizen Puji Daiyan Trisha Serta-merta Tamatkan Kontrak Jenama Boikot
“Mengucap banyak-banyak Daiyan Trisha!”
Susulan itu, posting yang dimuat naik jurusolek @shiyojoo_ itu telah menerima pelbagai kecaman dan teguran daripada netizen yang terkejut melihat penampilan Daiyan itu.
Ada yang meminta Daiyan untuk tidak sewenang-wenangnya mendedahkan aurat dan ada juga yang mengatakan pakaian seperti itu hanya sesuai untuk dipakai jika bersama suami.
Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang tidak mengecam dan hanya mendoakan yang terbaik buat Daiyan dan berharap dia akan berubah.
Apa pendapat korang tentang baju yang dipakai Daiyan ini? Okey ke tak okey?
Sumber: TikTok