Kekurangan yang ada pada diri bukanlah penghalang untuk seseorang itu keluar mencari rezeki demi menyara kehidupan seharian.
Malah ramai yang kagum dengan kegigihan golongan ini seperti yang ditonjolkan oleh remaja kelainan upaya, Aniq Fitri yang tular berniaga air berperisa dengan menaiki motosikal.
Menerusi video yang dikongsikan TikTok @trulynogori9, perakam video dilihat bertemu dengan Aniq yang menjual air berperisa dari atas motor.
@trulynogori9 📍Abang Jual Air atas motor. Korang Jumpa aniq nanti support ye. @Aniq Fitri #trulynogori9 #abangrider #abangjualair #seremban
♬ original sound – TRULYNOGORISEMBILAN – TRULYNOGORISEMBILAN
Artikel berkaitan: “Tuhan dah bagi tubuh badan, kena hargai” – Luahan Pak Cik OKU Jual Lukisan Undang Sebak
Artikel berkaitan: “Kita nak kopek durian pun susah” – Netizan Sebak Lihat Lelaki OKU Kopek Durian Guna Satu Tangan
Aniq tanpa segan silu menjelaskan yang dia menjual air berperisa dan menjalankan perniagaannya setiap hari di sekitar Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan.
Lebih mengharu, perakam video telah membeli kesemua air yang dijual Aniq dan mengajak netizen untuk sama-sama menyokong perniagaan remaja OKU ini.
Walaupun Aniq kurang upaya, semangat beliau sungguh luar biasa.
“Bagus Aniq ni, rajin berniaga. Mungkin kita boleh jadikan Aniq sebagai contoh yang baik untuk terus bermotivasi capai impian yang kita mahukan,” tulis pemilik video.
Rata-rata di ruang komen mendoakan agar Aniq dimurahkan rezeki dan bangga melihat individu sepertinya berdikari serta berusaha untuk menyara kehidupan.
All the best dik! Siapa yang duduk di area situ supportlah Aniq ye.
Sumber: TikTok