in

“Awak bapak saya ke?” – Influencer Bersuara ‘Macho’ Dituduh PATI Beri Penjelasan, Kongsi Cerita Asal-usul

harszan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang dikurniakan ibu bapa yang menjaga mereka dari kecil hinggalah ke dewasa, nasib mereka ini berkemungkinan tidak terbela namun ada juga yang bernasib baik dan diambil dan dijadikan sebagai anak angkat.

Baru-baru ini, tular satu video yang mengatakan seorang influencer di TikTok @harszan itu merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dilahirkan oleh ibu warga Indonesia dan bapa warga Rohingnya.


Artikel berkaitan: “Tak malu ke?” –  Netizen Kritik Ada Ibu Bapa ‘Spam’ Hantar Kod QR, Tagih Duit Raya Untuk Anak

Artikel berkaitan: Sebak Pelajar Cemerlang Mahu Berhenti Sekolah Jaga Ibu Sakit, Founder Spa Nak Ambil Jadi Anak Angkat

@harszan

@Acik RSM @Sophian Mohd Zainn , ada pekan ada batas , saya dah maafkan selebihnya biar Allah sahaja yang balas ??

♬ original sound – harszan – harszan

Namun, menerusi TikTok miliknya, Harszan atau nama sebenarnya Nur Nazrah Abdul Samad yang terkenal dengan suaranya yang agak garau itu menjelaskan status kewarganegaraannya serta asal-usulnya.

Dalam video itu, gadis berkenaan menceritakan bagaimana dia dibuang oleh ibu bapa kandungnya sebelum dijumpai dan dihantar ke hospital.

“Waktu saya lahir, senang cerita saya dibuang lah, mungkin mak bapak saya tu taknak saya kan.

Lepas orang jumpa saya, saya dibawa ke Rumah Kebajikan Masyarakat Tengku Ampuan Fatimah Kuantan saya dibesarkan di situ sampai umur 2 tahun.

Lepastu, mak ayah angkat saya yang ambil dan jaga saya sampai sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, influencer tersebut memberitahu dia sudah pun mendapat kewarganegaraan selayaknya dan dia tidak akan mengambil tindakan terhadapan individu yang menyebarkan informasi palsu itu.

Dia bagaimanapun berharap agar Allah SWT membalas perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.