Sejak mula diberikan awal tahun ini, proses pemberian vaksin masih lagi dilaksanakan secara berfasa untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Selain itu, ramai juga yang telah berjaya melengkapkan pengambilan dua dos vaksin seperti yang ditetapkan kerajaan.
Namun kalau cakap pasal vaksin ni, mesti ramai juga yang fobia sebab takut terima injection kan?
Tutup mata guna facemask, suruh nurse baca selawat banyak-banyak
Macam kisah yang dah viral di TikTok baru-baru ini, terlihat seorang penerima vaksin begitu takut sampai tutup matanya guna facemask.
Posting dimuat naik oleh @noraris ini menunjukkan wanita yang didakwa temannya ini menerima suntikan vaksin secara drive-thru. Namun sebab terlampau takut dengan jarum suntikan, dia terus menutup matanya menggunakan pelitup muka.
Meskipun petugas dah cuba menenangkan wanita itu, dia tetap tak boleh dan dia siap suruh petugas tu baca selawat lagi. Sambil menunggu dicucuk, dia berulang kali menarik nafas dan cuba untuk tenangkan dirinya.
“Awak boleh baca selawat tak?” kata wanita itu.
Disebabkan dah terlampau nervous, datang lagi beberapa orang petugas untuk membantu. Apa lagi makin gelabahlah jadinya.
Akhirnya petugas-petugas tersebut selesai berikan suntikan vaksin kepada wanita tersebut, dan dia terus menarik nafas lega.
@noraris18
“adoiii maaf tgelak…”
Di ruangan komen, aksi wanita itu ternyata menghiburkan hati para netizen. Ada juga yang berasa kasihan kerana faham kalau orang dah fobia ni, memang susah nak ditenangkan.
Biarlah takut jarum, asalkan tanggungjawab dah jalankan.