in

“Auto jadi muka Malaysia” – Netizen Teruja Lihat Dai Syed ‘Promote’ Baju Melayu Di Mesir, Siap Bagi Orang ‘Try’

Untitled Design 2024 03 21T150657.279

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara marketing digunakan bagi sesebuah jenama untuk mengembangkan produk mereka, ianya merujuk kepada nilai kreativiti masing-masing.

Terbaru, selebriti media sosial Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Dai Syed menarik perhatian netizen apabila dia mempromosikan baju Melayu di Mesir.


Dia memakai sepersalinan lengkap baju Melayu berserta songkok dan samping, sambil membawa sebatang tongkat dan berjalan-jalan di sekitar bandar Mesir.

Artikel berkaitan: Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat…

Artikel berkaitan: “Boleh melawak eh?” – Dai’ Syed &Hana Dikecam, Tak Sensitif Buat Lawak Isu Palestin

@daisyed_

Korang tengok lah sampai habis 😂

♬ She Doesnt Mind X Yeaaahhh (Remix) – Khoduz Suara

Dalam video itu, dapat dilihat orang tempatan di situ seakan kagum dan tergamam apabila melihat baju yang diperagakan oleh Dai Syed.

Lebih menghiburkan, bekas peserta rancangan dakwah itu turut memberi peluang kepada orang-orang di situ untuk menggayakan busana tradisional kita itu.

Dalam satu lagi video yang berbeza, Dai Syed turut meminta seorang peniaga di situ untuk memakai baju Melayu sambil berniaga, memang bergaya!

“Miles Moretti Malay version” 

Netizen amat teruja dengan content Dai Syed itu dan rata-rata memuji kreativitinya dalam mempromosikan baju tradisional.

Cats 29

Stylo jugak eh!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.