Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah kafe pencuci mulut popular iaitu Suka Dessert menjual aiskrim gelato dalam kon dengan harga RM18.
Harga aiskrim gelato jualan Suka Dessert itu telah dikritik ramai kerana ramai yang berpendapat harga itu mahal.
Pemilik Suka Dessert iaitu Auntie Ja kemudiannya telah tampil di TikTok untuk menjelaskan mengapa produk manisan itu dijual dengan harga sedemikian.
Kali ini, Auntie Ja turut ‘membedah’ atau membelah aiskrim gelato dalam kon itu untuk menunjukkan isi dalam kon aiskrim tersebut sekali gus menjelaskan lagi sekali mengapa ia dijual dengan harga hampir RM20.
@sukadessert.hq Darlings jelas tak penerangan Auntie Ja? Jika tak jelas, darlings cuba sendiri. ?? #3phaseicecream
Artikel Berkaitan: “Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan
Artikel berkaitan : Jenama Aiskrim Akur Arahan KKM, Hentikan Penjualan Aiskrim Berperisa Ubat Batuk Serta-merta
Untuk pengetahuan semua, aiskrim gelato Suka Dessert yang dijual dengan harga RM18 itu dinamakan 3 Phase Ice Cream kerana di dalam kon itu ada brownies, coklat cair dan aiskrim.
Dalam video penjelasan terbaru Auntie Ja itu, dapat dilihat pemilik Suka Dessert itu telah membelah tengah aiskrim itu.
Di dalam kon tersebut, terdapat brownies sehingga ke hujung kon manakala di atas brownies itu pula, ada lapisan coklat yang agak tebal dan difahamkan, mereka menggunakan coklat susu (milk chocolate) yang diimport dari luar negara seperti Belgium dan Switzerland.
Manakala ais krim yang diletakkan di atas kon itu pula bukan ais krim biasa sebaliknya ia merupakan gelato yang dibuat tanpa bahan-bahan tiruan.
Menurut Auntie Ja, pencuci mulut tersebut bukanlah semata-mata aiskrim namun ia merupakan dessert dan ais krim.
Sumber: TikTok @sukadessert