in

Atok 102 Tahun Ini Sanggup Tinggal Di Kubur Sebab Nak Tebus Dosa Masa Lalu

Feature 2 4 E1646446490439

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kawasan perkuburan sering ditakuti masyarakat sebab banyak filem horror yang memaparkan keseramannya. Namun, lain pula dengan seorang warga emas di Indonesia ni sebab dia dah tinggal di kawasan perkuburan sejak lima tahun lalu.

Menurut Tribun Jabar.id, warga emas tersebut yang dikenali sebagai Abah Sarji telah tinggal di sebuah pondok kecil di kawasan Perkuburan Umum Lengkong, Kuningan, Jawa Barat. Berusia 102 tahun, dia memilih untuk tinggal di situ sebab nak tebus dosa masa lampau ketika muda.


Atok 1

Selain itu, dia juga mahu mengingati mati. Sepanjang tinggal di pondok buluh yang berukuran 2×2 meter persegi ini, warga emas terbabit juga telah memperbanyakkan ibadat.

Setiap waktu, saya akan berdoa dan berzikir untuk memohon keampunan,” katanya.

Abah Sarji juga menceritakan yang dia sering ternampak makhluk halus. Katanya, dia mula-mula terkejut tengok asap hitam keluar dari kubur dan ini biasa berlaku pada kubur orang yang belum sampai tujuh hari meninggal dunia.

Ada yang kata kejadian seumpama tu terjadi sebab ada arwah yang tak tenang dalam kubur.

Menurut Dedi iaitu penduduk kampung ni, atuk ini masih mempunyai keluarga namun isterinya juga tak berapa sihat sebab tak boleh mendengar dan berjalan akibat usia tua. Untuk yang tertanya-tanya macam mana kehidupan seharian Abah Sarji, dia mengatakan anak atau cucunya akan menghantar makanan setiap hari.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar warga emas ni sentiasa dilindungi tuhan.

Baca: “Percutian ke alam barzakh ke?”- Lelaki Kena Scam Bayar Deposit Untuk Sewa Homestay Tapi Dapat Alamat Tanah Perkuburan

Atok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.