in

Atlet Pecut Belarus Dakwa Diculik Lepas Kritik Pasukan & Jurulatih Secara Terbuka Di Instagram

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang atlet pecut dari Belarus yang bakal bertanding acara 200m di Olimpik 2020 di Tokyo telah meminta perlindungan dari negara-negara Eropah selepas dia mendakwa dirinya diculik.


Semuanya bermula apabila atlet ini, Krystina Tsimanouskaya memuat naik video di Instagram peribadinya mengkritik jurulatihnya kerana “memaksa” dia untuk mewakili negara dalam acara 4x400m kerana ada antara pasukan tersebut yang gagal menjalani ujian doping.

Dalam video tersebut, Krystina telah menyatakan rasa tak puas hatinya kerana dia dipaksa untuk mengganti orang lain dalam acara yang bukan bidangnya.

E7Sua71Xsaispsq

Jurulatih telah masukkan saya ke acara itu tanpa pengetahuan saya dan bila saya kritik perkara ini secara terbuka, ketua jurulatih mengatakan yang dia telah mendapat arahan dari ‘pihak atasan’ untuk membuang saya.”

Ekoran dari kritikan yang dibuat oleh Krystina ini juga, media di Belarus telah memulakan kempen “anda telah memalukan negara sendiri” ke atasnya. Atlet ini kemudiannya menyatakan yang dia sekarang takut untuk pulang ke negara asalnya.

Bukan itu sahaja, Krystina juga mendakwa yang dia telah diculik dan dibawa secara paksa untuk pulang ke negara asalnya selepas beberapa wakil pasukan Belarus datang ke bilik hotelnya dan membawa dia ke lapangan terbang Haneda Tokyo.

2021 08 02T083529Z 1002070690 Rc2Wwo946L4T Rtrmadp 3 Olympics 2020 Belarus 1 .Jpg

Bagaimanapun, ketika di lapangan terbang, Krystina enggan menaiki pesawat tersebut dan pihak polis Jepun telah datang ke lapangan terbang untuk memutuskan apa yang perlu dibuat.

Saya takut bila pulang ke Belarus, mereka akan letak saya dalam penjara. Saya tak takut dibuang dari pasukan negara. Saya takutkan keselamatan saya dan buat masa sekarang, saya tak selamat di Belarus.”

Dakwaan Krystina ini telah dinafikan oleh Pasukan Olimpik Belarus dan menegaskan atlet wanita itu dikeluarkan dari pasukannya kerana ‘keadaan emosi dan psikologinya’.

Menurut Daily Mail pula, ibu Krystina telah mendapat panggilan dari pasukan Belarus mengatakan yang anaknya telah direkrut oleh perisik asing dan dia perlu dibawa pulang ke Belarus.

Dikatakan, Krystina kini telah diberikan perlindungan oleh kedutaan Poland di Tokyo selepas negara itu memberikan visa kemanusiaan ke atas atlet tersebut kerana bimbang atas keselamatannya dan dikhabarkan akan terbang ke Warsaw, Poland esok.

Manakala suami Krystina pula dikatakan telah pun melarikan diri ke Ukraine dan berharap dapat bersama semula dengan isterinya di Poland ‘dalam masa terdekat’.

Saya buat keputusan untuk tinggalkan Belarus tanpa berfikir dua kali.”

Kata suami Krystina, dia tak menyangka situasi isterinya boleh menjadi besar seperti ini dan mengatakan yang mereka hanyalah orang biasa dan tak berminat dengan gerakan pembangkang di negara mereka.

Untuk pengetahuan korang, politik di Belarus kini dalam pergolakan di bawah pimpinan presiden Aleksandr G. Lukashenko yang digelar ‘diktator terakhir Eropah’ oleh akhbar New York Times.

 

Baca: Viral Aksi Mengait Masa Acara Terjun, Tom Daley Rupanya Sempat Kait Cardigan Untuk Penerjun M’sia

Collage 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.