in

Atlet Para Malaysia Cipta Rekod Dunia Sekali Lagi di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017

Ziyad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Atlet Para Malaysia Cipta Rekod Dunia Sekali Lagi di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017
Loading
/

Sekali lagi atlet para Malaysia Muhamad Ziyad Zolkefli berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia!

Semalam, Ziyad telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 yang berlangsung di London.


Sumber: Para Athelics

Bukan itu sahaja, Ziyad juga telah memecah satu lagi rekod dunia dengan lontara sejauh 17.29 meter!

Ziyad1
sumber: sports malaysia

Rekod terdahulu juga merupakan miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lalu dengan lontaran sejauh 16.48 meter.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park semalam itu, pingat perak berjaya diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61 meter manakala Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang pingat gangsa dengan lontaran 15.94 meter.

“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga,” kata Ziyad.

Ziyad3
sumber: mmo

Ziyad yang telah berlatih bersungguh-sungguh untuk kejohanan ini akui tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia itu.

“Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini.”

Menurutnya, sebelum ini dia sering mengimpikan untuk memecah rekod dunia dan dia memberitahu dirinya bahawa malam semalam dia mungkin akan berjaya berbuat sedemikian.

“Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia. Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia. Ia sangat bagus.”

Ziyad2
sumber: nst

Tahniah diucapkan kepada Ziyad dari Lobak Merah. Semoga semua atlet paralimpik negara kita melakukan yang terbaik selepas berlatih bersungguh-sungguh untuk membanggakan Malaysia!

Baca: Perenang Malaysia Menang Pingat Emas di Monaco Tewaskan Juara Olimpik

Renang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.