in

Atlet Dakwa Pingat Gangsa Olimpik Tak Berkualiti, Baru Seminggu Dapat Tapi Dah Luntur Warna & Terkopek

gangsa 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Olimpik Paris 2024 bermula pada hujung Julai lepas, ramai atlet seluruh dunia berjaya membawa pulang pingat untuk negara mereka.

Pun begitu, seorang atlet dari Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendakwa warna pingat gangsa yang dimenanginya sudah pun rosak.


Warna pingat gangsa luntur lepas seminggu

Huston melalui Instagram Story, menunjukkan keadaan terkini pingat gangsa miliknya selepas seminggu pulang ke tanah air.

Artikel berkaitan: “Dari 6 angka tinggal 5 ribu” – Atlet Olimpik Dakwa Ibu ‘Rembat’ Wang Kemenangan ‘Senyap-Senyap’

Artikel berkaitan: Goh Jin Wei Terpaksa Pasang ‘Portable Aircond’ Sendiri, Netizen Pertikai Nasib Atlet Di Olimpik Paris

Dia yang mendapat tempat ketiga dalam acara street lelaki selepas kecundang dengan pemegang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan Jagger Eaton yang juga dari AS.

Baiklah, jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia serba baharu. Tapi, selepas membiarkannya melekat pada kulit dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu..

Jelas pada pingat itu, warnanya nampak semakin luntur dan lusuh. Ia juga terkopek pada beberapa bahagian dan tulisan yang diukir pada pingat itu turut terjejas.

Ia nampaknya tidak berkualiti seperti yang anda fikirkan. Saya tidak tahu, pingat Olimpik, anda harus meningkatkan kualitinya.

gangsa 2
Sumber: Instagram

Nilai pingat gangsa Olimpik Paris cuma RM58

Menurut Forbes, pingat emas untuk Olimpik kali ini adalah seberat 529 gram dengan 95.4% diperbuat daripada silver, 6 gram emas tulen dan 18 gram besi selain nilainya adalah sekitar AS$950 (RM4,250).

Bagi pingat perak, beratnya adalah 525 gram selain nilainya sekitar AS$486 (RM2,174). Manakala nilai pingat gangsa hanyalah AS$13 (RM58) selain beratnya adalah 455 gram (415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink dan 18 gram besi).

Sumber: Instagram, Forbes, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.