in

“Atas dasar kemanusiaan, kami merayu” – Keluarga Najib Razak Risau, Kesihatan Semakin Memburuk

Najib Darah Tinggi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bekas Perdana Menteri ke enam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (DSN) sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan dana SRC International.

Terbaru, menurut laporan Astro AWANI, bekas Perdana Menteri itu akan dirujuk ke Hospital Kajang pada pukul 2 petang ini kerana mengalami masalah kesihatan.


Dalam sebuah posting Instagram yang dimuat naik oleh anaknya, Nooryana Najwa memberitahu bapanya itu sedang mengalami tekanan darah tinggi yang sangat membimbangkan.

https://www.instagram.com/p/CiZOzWWhOd7/

Menurut posting tersebut, DSN telah menjalani endoskopi pada Sabtu lepas dan doktor telah menemui banyak ulser baru dalam perutnya. Difahamkan, ia merupakan masalah yang berulang sejak 15 tahun lalu.

“Pada tahun lepas, beliau juga berada di ICU di hospital swasta selama kira-kira seminggu di mana beliau telah menjalani 5 kali pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman.” tulisnya.

Anaknya itu juga memberitahu, DSN ada meminta untuk dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi ditolak dan dia diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan yang selanjutnya.

Dikatakan pihak perubatan telah menukar ubat-ubatan yang biasa diambil oleh Najib Razak dan berkemungkinan itu adalah penyebab darah tinggi yang dialaminya, Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan DSN tidak berada dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.

“Atas dasar kemanusiaan, keluarga kami merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan DS Ismail Sabri untuk melakukan perkara yang betul dan membenarkan ayah menerima rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya.” tulis anaknya itu lagi.

Baca: “Tiada keistimewaan” –  Najib Razak Ditempatkan Dalam Sel Pengasingan, Kena Alahan Kulit

Najib Penjara Istimewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.