Seorang anggota tentera Thailand yang mengganas dan menembak mati 21 individu dalam satu serangan rambang di bandar Nakhon Ratchasima semalam, akhirnya ditembak mati oleh pasukan keselamatan tempatan kira-kira 9 pagi waktu tempatan.
Kejayaan pihak berkuasa itu sekali gus menamatkan detik mendebarkan, selepas mereka terpaksa mengepung sebuah pusat beli-belah yang menjadi tempat persembunyian suspek itu semalaman.
Difahamkan, mangsa dikenalpasti sebagai Jakrapanth Thomma — iaitu seorang anggota tentera berusia 32 tahun.
Berita Harian melaporkan, insiden pembunuhan itu bermula kira-kira 3 pagi semalam — ketika tentera itu melepaskan tembakan secara rambang di dalam sebuah rumah, sebelum bergerak ke kem tentera dan pusat beli-belah itu sambil memuat naik hantaran di Facebook.
Sebelum serangan itu, Jakrapanth memuat naik hantaran di akaun Facebook milikinya memaklumkan mahu membalas dendam — namun tidak memberitahu mengapa dia mahu berbuat demikian.
Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan seramai 20 individu maut manakala 42 yang lain cedera dalam insiden berkenaan.