in

“Asal ada duit” – Orang Kaya China Didakwa Upah ‘Pelanduk Dua Serupa’ Ganti Masuk Penjara?

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak je kita dengar cerita orang kaya yang gunakan duit dorang untuk tutup kesalahan kan? Ramai orang juga yang buta mata bila disogokkan dengan duit ni sampai sanggup buat apa sahaja…

Lebih teruk, ada yang sampai sanggup masuk penjara semata-mata untuk dapatkan duit dan biarkan orang yang benar-benar bersalah bebas.


Menurut Luxury Launches, ini apa yang dikatakan berlaku di China di mana orang-orang kaya di sana dikatakan telah mengupah “pelanduk dua serupa” untuk elak dari dikenakan hukuman atas jenayah yang dorang lakukan.

Contohnya macam pada tahun 2009 di mana seorang anak orang kaya Hu Bin yang ketika itu berusia 20 tahun telah melanggar seorang pejalan kaki sehingga meninggal dunia di Hangzhou ketika berlumba di atas jalan raya.

China 2.Jpg

Perbuatannya ini telah mengundang kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi selepas tular gambar Hu Bin bergelak ketawa dan merokok bersama rakan-rakannya ketika sedang menunggu pihak polis tiba di tempat kejadian.

Bukan tu sahaja, mahkamah turut memberikan hukuman yang ringan kepada lelaki ini iaitu penjara tiga tahun berbanding seumur hidup untuk jenayah seperti ini.

Tapi lebih memeranjatkan, ramai juga yang mengatakan lelaki yang muncul di mahkamah ketika perbicaraan dijalankan bukanlah Hu Bin tapi orang lain yang telah diupah. Korang cubalah tengok gambar dekat atas tu dengan kat bawah ni, sama ke tak?

China 1.Jpg

Dikatakan, amalan ini telah pun wujud di China sejak beratus-ratus tahun dahulu sehingga ada yang membuatnya sebagai kerjaya.

Antara contoh lain adalah Gu Kailai, seorang wanita Cina yang didakwa telah membunuh seorang ahli perniagaan Inggeris, Neil Heywood.

Ketika perbicaraan berlangsung, ramai yang mendakwa wanita ini turut mengupah orang untuk masuk penjara selepas melihat rupa asal Gu Kailai tak sama dengan orang yang hadir ke mahkamah.

Body Doubles 1

Kita tengok orang yang sama ke? Ada khabar angin cakap wanita yang hadir ke mahkamah tu bukan orang yang sama. Sama ada gemuk atau kurus, biasanya struktur tulang tetap tak berubah.”

Ada juga yang turut mengatakan mulut, mata dan telinga dua wanita ini memang tak sama langsung.

Apa pendapat korang, sama ke tak orang-orang dalam gambar ni? Kalau betul dorang buat macam ni, seronoklah jadi orang kaya ya? Bayar je lepastu lepas, tak payah masuk penjara…

 

Baca: “Macam CSI!” – Polis China Guna Darah Dari Nyamuk, Berjaya Selesaikan 4 Kes Rompakan Serentak

Nyamuk Darah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.