Pernahkah terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti orang yang paling dekat dengan kita akan pergi tanpa sebarang petanda? Apabila saat itu tiba, pastinya tiada siapa yang benar-benar bersedia untuk menghadapinya.
Apabila seseorang, khususnya ahli keluarga, meninggal dunia, menjadi tanggungjawab waris untuk melunaskan segala hutang yang belum sempat diselesaikan oleh arwah.
Namun, menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh seorang wanita di Threads dengan nama pengguna @anom.abubakar ini, perkongsiannya tentang sikap arwah suaminya mencuri perhatian ramai.
Artikel berkaitan: “Princess semua orang…” – Pernah Muncul Dalam Beberapa Iklan, Jellybean Sudah Tiada
Artikel berkaitan: Porter Gunung Kinabalu Yang Pernah Angkat Tangki Air 50kg Ke Laban Rata Meninggal Dunia
Menerusi satu posting yang dimuat naik, wanita itu berkongsi mengenai pemergian mengejut arwah suaminya pada Julai 2024. Menurutnya, ketika kejadian berlaku, arwah baru sahaja pulang dari tempat kerja dan sempat mengadu tidak sedap badan.
Arwah sempat menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta memohon maaf kepada isterinya kerana sering bekerja di luar negeri sebelum berehat di bilik.
Menurut isterinya, arwah juga sempat menghantar mesej kepada rakan sekerja, memaklumkan hasrat untuk berhenti kerja pada bulan itu untuk fokus kepada perniagaan sendiri.
Tidak lama selepas itu, arwah meminta anak perempuannya membasuh pakaiannya dan mengurut kepalanya. Ketika anaknya sedang mengurut, dia sempat mengajak ayahnya untuk ke klinik, namun arwah hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada anaknya.
Tiba-tiba anak perempuan kepada arwah menjerit memanggil ibunya kerana arwah mula menarik dan menghembus nafas secara kuat.
Baca kisah penuh di bawah
View on Threads
Dengan pemergian mengejut arwah, isteri arwah merasakan seolah-olah ditimpa ujian yang amat berat daripada Allah SWT. Namun, segala urusan post mortem arwah dipermudahkan oleh-Nya.
Dokumen peribadi di komputer riba arwah
Beberapa hari selepas pemergian arwah, isterinya menerima panggilan daripada bos arwah yang memaklumkan terdapat dokumen peribadi arwah di dalam komputer riba milik syarikat.
Isteri arwah mula berfikir kemungkinan suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuannya. Suatu hari, dia bermimpi arwah datang menasihatinya tentang urusan hutang.
Setelah menerima dokumen peribadi milik arwah suaminya, wanita itu terkejut mendapati arwah telah menyediakan dokumen Excel lengkap yang menunjukkan kadar nafkah yang disediakan sebelum meninggal dunia.
“Ni yang ada dalam excel dia. Kau tengok tu, siap nafkah aku, nafkah mak dia. Amanah kawan, amanah anak-anak. Ni yang tersirat aku baru tahu.”

Tutup akaun tabung haji arwah
Wanita itu turut menceritakan pengalamannya ketika hendak menutup semua akaun bank simpanan arwah. Sewaktu dia pergi ke Lembaga Tabung Haji, pegawai yang mengendalikan urusannya memandangnya berkali-kali seakan curiga.
Lalu pegawai itu bertanya kepada wanita itu jika dia tahu tentang pengeluaran duit di dalam akaun bank simpanan Tabung Haji arwah.
“Puan, puan tahu ke arwah dah keluarkan duit tabung haji dia? Berderau weh aku.. aku tanya. Berapa tinggal. Pegawai ckp ‘RM80 je’ “.
Wanita itu menulis di dalam posting tersebut, dia masih tidak tahu ke mana perginya duit di dalam akaun Tabung Haji itu dan merasakan mungkin arwah suaminya berkahwin lain.

Setelah wanita itu meneliti senarai yang ada di dalam dokumen Excel peribadi suaminya, dia menemukan catatan hutang kad kredit suaminya yang telah pun dilangsaikan 6 bulan sebelum arwah suaminya meninggal.
Arwah menggunakan duit daripada akaun simpanan Tabung Haji, yang disimpan untuk menunaikan umrah keluarga pada Mac 2025, bagi melangsaikan semua hutang terlebih dahulu, seolah-olah arwah sudah mengetahui ‘masanya’ akan tiba.
Wanita itu turut menceritakan bahawa arwah suaminya sempat melangsaikan tunggakan kereta selama enam bulan dan membelikan motosikal untuk anaknya, tiga bulan sebelum pemergiannya.
Sumber: Threads
