Seorang penyanyi Korea yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Eric Nam telah membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari 2024 setelah dikecam peminatnya di Malaysia gara-gara dirinya yang menyukai atau ‘like’ sebuah status yang menyokong Israel baru-baru ini.
eric nam dah drop out malaysia stop from asia tour hahaha pic.twitter.com/82wIbv1mfJ
— from iqah, (@rafiqahramli) October 27, 2023
Difahamkan, sebelum itu, pada 16 Oktober lalu, penyanyi tersebut telah memuat naik poster tarikh konsertnya di Asia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Eric Nam dijangka akan membuat persembahan di Bangkok pada 16 Februari 2024, 18 Februari di Singapura, 20 Februari di Kuala Lumpur, 22 Februari di Taipei, 24 Februari di Seoul dan 26 Februari di Tokyo.
Namun, rata-rata peminatnya di Malaysia kecewa dengan tindakan penyanyi itu yang menyukai atau like status menyokong serangan Israel kepada Palestin.
https://twitter.com/anatrsrcat/status/1718093053746139425
Artikel Berkaitan: Guru Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin, Dikecam Kerana Bawa Senjata Mainan Ke Sekolah
Artikel Berkaitan: Ramai Laung Ketika Berarak, Ini Maksud Di Sebalik Slogan ‘From The River To The Sea’
Akibat isu itu, ramai peminat Malaysia yang mengecam tindakannya itu dan meminta penyanyi itu agar tidak datang ke negara ini.
Susulan dari kecaman itu, Eric Nam semalam kemudiannya memuat naik poster konsertnya yang terbaru di mana dalam poster itu, tarikh dan lokasi untuk konsertnya di Kuala Lumpur sudah pun dibuang.
Walau bagaimanapun, pembatalan konsert penyanyi itu di Malaysia dilihat mendapat sambutan baik oleh peminat di negara ini kerana ramai yang tidak sanggup lagi menyokong penyanyi itu.