Beberapa tahun lepas, isu mengenai seorang artis curang manjadi buah mulut orang ramai. Namun begitu, artis tersebut dilihat sudah berubah dan sertai golongan alim ulama untuk mendalami ilmu agama, ia sekaligus membuatkan dirinya kembali disenangi
Boom! melaporkan bahawa artis popular tersebut kini dengan sibuk menjalani penggambaran nun jauh di hujung timur sana.
Buat perangai lama?
Sumber melaporkan penyanyi kacak dan berbadan sasa itu dikatakan kini sedang sibuk memenuhi komitmennya terhadap bidang lakonan, namun dikatakan artis yang juga merupakan bapa anak dua ini telah mengulangi perbuatan yang sama
Dikatakan bahawa, artis tersebut selalu berkepit dengan heroin dalam drama yang dibintanginya itu. Atas perbuatan itu, si isteri yang juga merupakan seorang penyanyi jadi tak keruan dan hilang fokus dalam program pertandingan yang dia tengah sertai sekarang.
Apapun, identiti penyanyi tersebut masih belum dikenal pasti dan berharap agar penyanyi itu dapatlah memperbaiki semula keadaan agar perkara tidak akan jadi meleret lagi.
Agak-agak, siapa eh penyanyi tu? Puas cari klu dia, hmmmmm. Korang tahu tak siapa?
Baca : Penyanyi Maroon 5 Adam Levine Didakwa Curang, Siap Nak Namakan Anak Dengan Nama ‘Mistress’!