in

Arnie Shasha Minta Maaf Tipu Netizen, Video Bergaduh Dengan Qistina Raisah Hanya Gimik

Qistina Bergaduh Hanya Gimik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video pergaduhan antara pelakon Qistina Raisah dan Arnie Shasha yang tular di media sosial baru-baru ini, rupanya hanyalah gimik semata-mata.

Menurut Arnie, video Qistina menyimbah air ke mukanya itu merupakan sebahagian daripada gimik pelancaran lagu sulung serta muzik video miliknya berjudul Lepak.


Dedah pelakon berusia 19 tahun itu, lagu berkenaan sudah dua tahun diperam dan memerlukan bahan promosi yang kuat untuk diperkenalkan kepada orang ramai.

“Saya mohon maaf banyak tipu netizen, saya tak sangka video itu tular.

“Ramai bagi komen tapi saya terima apa sahaja orang nak cakap, saya harap kalian terima maaf saya.

“Semua ini adalah rancangan pengurus serta syarikat pengurusan. Saya ikut sahaja yang terbaik seperti dicadangkan.

“Kalau gimik ini menyebabkan ada yang tidak boleh terima saya, tak mengapa tetapi saya tetap akan teruskan karier lakonan dan nyanyian,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muiz Karim (@muizkarim_)

Mengenai komen netizen selepas video gaduh tersebut tular, katanya ramai mengecam Qistina kerana tidak tahu situasi sebenar gadis terbabit berkelakuan sedemikian.

Arnie yang juga anak kepada penerbit filem, Datuk Rosmarayu Mokhtar berharap netizen tidak berterusan mengutuk Qistina yang hanya mengikut skrip diberikan.

“Sebelum merancang gimik ini kita dah berbincang dengan Qistina dan dia juga bersetuju apabila boleh memberikan komitmen selain sangat profesional.

“Tapi saya mohon jangan marah atau kutuk Qistina kerana secara realitinya dia seorang yang sangat baik dan cuma ikut kehendak cerita,” ujarnya.

Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.

Kemudiannya, tular video pergaduhan antara mereka yang memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie sehingga mencetuskan pelbagai reaksi peminat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.