in

Arab Saudi Guna Duit Haji Untuk Perang di Syria dan Yaman?

75908 04392730052018 haji dan umroh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Habis saja musim raya, ada lagi satu musim yang akan datang dan paling dinanti-nantikan ramai umat Islam iaitu musim haji. Bila bercakap pasal haji, pastinya semua jemaah mementingkan kesucian dalam mengamalkan rukun Islam yang kelima ni.

Namun kesucian ibadah haji ni agak terjejas bila ada berita-berita negatif yang keluar dari negara luar. Menurut Middle East Monitor, Kesatuan Imam Tunisia meminta Mufti Besar Republik tu untuk tak menggalakkan jemaah membuat haji tahun ni kerana kos perjalanan yang tinggi dan kononnya duit haji tersebut dah digunakan Arab Saudi untuk berperang dengan negara Islam yang lain. Aikk biar betul ni??


Admin tak sure sama ada tuduhan ni benar ataupun tidak, tapi media tempatan di Tunisia melaporkan kenyataan ketua setiausaha Kesatuan Imam Tunisia, Fadhel Ashour berkata,

Lebih baik kita gunakan duit ini untuk memperbaiki keadaan orang di Tunisia. Arab Saudi menggunakan wang Haji untuk menindas negara Islam seperti Syria dan Yaman, yang mana memang bercanggah dengan syariah.” 

Apa-apapun diharapkan tuduhan kerajaan Tunisia ni tak benar dan tak mungkinlah Arab Saudi sanggup melakukan perkara seburuk itu kepada umat Islam sungguhpun memang ada konflik yang hebat di negara-negara Timur Tengah ni.

Selamat pergi dan pulang kepada jemaah haji yang bakal berlepas mula 14 Julai ini! 

Baca: “Tak ada lagi haji guna duit curi” – Tun M

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.