in

“Apa yang susah sangat?” – Netizen Bengang Tengok Penghuni Flat Acuh Tak Acuh Buang Sampah

Penghuni Flat Buang Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap mengenai isu penghuni flat, pasti halnya berkaitan ubah suai rumah, cop parkir dan buang sampah merata.

Tular satu rakaman video baru-baru ini, memaparkan sikap segelintir penghuni di sebuah flat sekitar Cheras, Selangor yang tidak bertanggungjawab ketika membuang sampah.


Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) itu, dipaparkan beberapa kelibat individu membawa plastik berisi sampah untuk dibuang ke rumah sampah yang disediakan di tingkat bawah flat.

Artikel berkaitan: Penduduk Pangsapuri Didakwa ‘Conquer’ Parking, Peniaga Food Court Naik Angin Sebab ‘Hilang’ Pelanggan

Artikel berkaitan: Bakal Penduduk PPR Perlu Hadiri Kursus Kesedaran Sivik Sebelum Ambil Kunci Rumah – Menteri KPKT

“Sikit lagi nak sampai tong sampah…”

Namun, apa yang mengundang perhatian orang ramai adalah rata-rata mereka bersikap acuh tidak acuh ketika membuang sampah sebaik sahaja berada berdekatan dengan rumah sampah.

Ada penghuni yang meninggalkan sampah di tepi tong di hadapan kenderaan lain sehingga menjejaskan pemandangan penduduk setempat.

Ada yang dilihat sudah berada di hadapan tong sampah tetapi membuangnya dengan cara tidak betul sehingga bertaburan sampah di atas jalan dan dibiarkan sahaja.

Tindakan penghuni flat terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang begitu kecewa dengan sikap sambil lewa mereka dalam menjaga persekitaran kawasan perumahan itu.

Sementara itu, netizen bersetuju bahawa tindakan lanjut perlu diambil ke atas individu terlibat agar perkara sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Screenshot 2024 09 11 150015

Walaupun CCTV diletakkan di situ, namun masih ada lagi individu yang tidak peduli atau bersikap malu apabila tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu dirakam.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.