in

“Apa tujuan ia diletakkan di situ” – Jabatan Mufti Negeri Perak Siasat Dakwaan Madrasah Letak Replika ‘Capal’ Depan Mihrab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial beberapa hari lalu mengenai foto yang menunjukkan sebuah madrasah pengajian yang terletak di Perak telah menempatkan replika papan kayu berbentuk capal (kasut) pada hadapan mihrab atau sudut bahagian imam di surau.


Isu tersebut kemudian mendapat perhatian Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang berkata, beberapa kakitangan daripada jabatannya akan dihantar untuk ke madrasah yang terletak di Lenggong itu hari ini untuk siasatan lanjut, lapor Harian Metro.

Saya ingin pastikan sama ada lambang itu masih ada di sekolah (madrasah) berkenaan atau sebaliknya, selain mengenal pasti apa tujuan ia diletakkan di situ,” katanya.

 

“Kita semua mencintai nabi… namun ini bukan caranya” 

Isu yang tular itu juga telah mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang kemudian menyifatkan tindakan madrasah terbabit sebagai satu kesalahan dalam menzahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Berikut antara tweet daripada pejabat mufti:

Isu ini juga telah menjadi perdebatan di kalangan netizen di media sosial yang mana ada segelintir pihak berpendapat tiada masalah menggunakan replika tersebut di surau dan masjid manakala selebihnya berpendapat sebaliknya.

Baca: “Baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi” – [VIDEO] Menangis Dapat ‘Join’ Geng Tabligh 3 Hari, Nabil Buat Netizen Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.