Tak dinafikan, ramai peniaga zaman sekarang sanggup melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelanggan, sebagai contoh mengupah selebriti ataupun influencer untuk mempromosi produk mereka.
Promosi durian tapi tak pakai baju?
Namun, sebuah gerai jualan durian yang terletak di Kajang, Selangor telah menarik perhatian netizen apabila dua orang pekerja lelaki dilihat tidak memakai baju malah menayang tubuh sasa mereka di khalayak ramai. Sementara itu, ada jurugambar turut mengambil gambar mereka mungkin bagi tujuan promosi.
Artikel berkaitan: Tayang Badan Kepada Umum Hingga Timbulkan Ghairah, JHEAT Tegur Penjual Durian Sado
Artikel berkaitan: “Tegur jangan sampai menghina” – Raja Atiq Respon Isu Tayang Body
Netizen di ruangan komen berpendapat cara tersebut tidak sepatutnya dilakukan walaupun ia berjaya menarik perhatian pelanggan.
View this post on Instagram
Tiada niat untuk viral
Pun begitu, peniaga tersebut menafikan tujuan mereka tidak memakai baju itu untuk mempromosikan jualan durian sebaliknya video tersebut dirakam ketika mereka sedang sibuk mengatur dan menyusun bekalan durian yang baru sahaja tiba di gerai.
Waktu itu tengah hari dan buah baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal. Tak sangka pula ada pelanggan yang rakam video, kakak pun sama rakam untukcontent di TikTok. Tak sangka juga dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok. Di komen ada yang kecam tapi saya terima sahaja.
Dia mengakui sambutan jualan tahun ini agak luar biasa berbanding tahun lepas mungkin kerana video yang tular tersebut.
Lagipun, tahun lalu badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.
Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk.
Dalam pada itu, mereka tidak terkesan dengan kecaman yang diterima kerana itu pandangan daripada netizen sendiri.
Sumber: Instagram, Harian Metro