in

“Apa salah saya?” – Hadir Untuk Perasmian, Pempengaruh Persoal Mengapa Perlu Disiasat?

syaz ft 2025 12 11T104536.779

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial apabila usahawan dan personaliti media sosial, Faizsoul, menjadi perhatian selepas videonya hadir merasmikan sebuah program di sekolah tular di seluruh negara.

Menurut Faizsoul, isu itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah sehingga masuk ke pelbagai saluran media arus perdana termasuk TV3, TV9 dan banyak lagi.


Artikel berkaitan: “Tetamu yang dijemput perlu jadi contoh baik” – JPN Kedah Siasat Isu Sekolah Jemput Pempengaruh Rasmi Majlis 

Artikel berkaitan: “Kau ambil duit, kau main ilmu hitam” –  Pempengaruh Dedah Bibik Dera Anak & Main ‘Benda Kotor’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Faizsoul menegaskan bahawa dirinya hadir atas kapasiti sebagai usahawan, bukannya individu bermasalah seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak.

 

View on Threads

 

“Apa salah saya? Saya hadir sebagai usahawan. Saya bukan penjenayah, saya bukan banduan yang hadir rasmi sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya memenuhi jemputan dan dalam masa yang sama turut menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah tersebut.

“Saya seketul Faiz, hadir & siap hulur sumbangan. Silap apa sampai perlu disiasat pihak sekolah?'” luahnya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempertahankan Faizsoul dan menyifatkan kehadirannya sebagai usaha memberi inspirasi kepada pelajar, manakala ada juga yang mendakwa sekolah perlu lebih berhati-hati dalam memilih tetamu jemputan.

Buat masa ini, pihak sekolah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.