in

“Apa punya perangai setan korang buat macam ni kat atok tu!”

Hoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Apa punya perangai setan korang buat macam ni kat atok tu!"
Loading
/

Manusia jenis apa ni?

Semalam tular satu video pendek menunjukkan lelaki tak berhati perut sanggup meragut seorang warga emas yang sedang berjalan seorang diri di Sri Orkid, Skudai. Teruknya!


Menurut Berita Harian, video berdurasi 33 saat tersebut memaparkan mangsa sedang berjalan kaki dan berpayung ketika dihampiri oleh dua orang lelaki tidak dikenali. Lepas tu salah seorang lelaki mengambil sesuatu dari kocek seluar atok tu.

1 11
sumber: facebook

Seorang lagi lelaki pula menunggang motosikal dan menunggu sementara rakannya sibuk merompak. Tak lama kemudian berlaku sedikit pergelutan sampai warga emas tu jatuh terbaring atas jalan raya. Lebih teruk lagi, dua orang lelaki tu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan warga emas terbabit.

2 11
sumber: facebook
3 12
sumber: facebook

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri (Operasi), Superintendan Ismail Dollah mengesahkan bahawa kejadian samun itu membabitkan seorang warga emas berusia 78 tahun.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan ke rumahnya di Jalan Seri Orkid 19 dan 20, Taman Seri Orkid. Dua suspek menaiki motosikal dan pembonceng turun sebelum menyeluk poket mangsa lalu mengambil wang tunai RM300.”

“Mangsa bergelut dengan lelaki itu dan ditolak sehingga jatuh hingga mengalami cedera di tangan kanan dan kaki kanan.”

Ramai yang kasihan dengan nasib menimpa warga emas berkenaan dan bengang dengan sikap dua orang lelaki tu.

Komen 3
sumber: twitter
Komen2 1
sumber: twitter

Kesian atok tu sampai cedera dibuatnya! 

Tonton video kejadian ragut tu kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Dia Kena Ragut, Tapi Dia Pula Dipersalahkan!

11 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.