in

“Apa motif?” – Pisau Didakwa Sengaja Dilekat Di Tangga Taman Permainan Kanak-Kanak

taman mainan

Menjadi mimpi ngeri bagi ibu bapa jika anak mereka terlibat dengan bahaya yang menyebabkan kemalangan serius seperti bahaya di taman mainan kanak-kanak.

Tular di media sosial baru-baru ini gambar mengenai sebilah pisau yang didakwa sengaja dilekat di tangga taman mainan kanak-kanak sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Tindakan kejam ini telah mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman mainan itu berdasarkan kesan darah yang berada di situ.

Sebilah pisau tajam dilekat di tangga taman mainan dilihat sebagai satu aksi yang disengajakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran gambar tular di Facebook, rata-ratanya mengingatkan ibu bapa agar periksa dulu taman permainan sebelum membenarkan anak-anak bermain untuk elakkan sesuatu yang buruk boleh berlaku.

Screenshot 20230103 112004 Screenshot 20230103 112041

Carian mengenai gambar tular itu mendapati kejadian tersebut berlaku di Taiwan pada tahun lepas, berdasarkan sumber laporan Taipie Japion.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, tetapi ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di taman mainan.

Pernah berlaku kejadian seorang lelaki mencederakan kanak-kanak dengan pisau di taman mainan di Petaling Jaya sekitar tahun 2021. Suspek telah berjaya diberkas dan siasatan dilakukan bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Baca: “Perangai cam hanat!” – Pisau Lipat Sengaja Dicucuk Tepi Gelongsor Sebab Nak Cederakan Budak-budak

collage 32

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook