Sepatutnya masa yang terluang ketika penularan wabak Coronavirus di seluruh dunia digunakan untuk buat aktiviti berfaedah sebab ramai yang stay at home. Tapi, nampaknya semakin banyak trend pelik video TikTok seperti Pee Your Pants Challenge. Geli weh, kencing pun nak tunjuk kat orang.
Cabaran pelik kencing dalam seluar ini telah dimulakan oleh remaja yang berusia 19 tahun, Liam Weyer pada 21 April lepas, lapor Daily Mail.
Video tersebut telah diikuti oleh ramai pengguna TikTok dan setakat ini, cabaran #peeyourpantschallenge telah mendapat lebih 3.3 juta tontonan di platform media sosial itu. Yang tengok video tu pun dah takde kerja lain ke?
Menurut remaja yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat, video yang dimuat naik olehnya itu hanyalah gurauan sebab dia tak sangka pun ada orang lain yang ikut trend tersebut dan buat video yang sama.
Video menggelikan tersebut kebanyakannya dibuat oleh remaja lelaki. Yang paling geli, korang boleh dengar bunyi air kencing dorang menitik ke lantai. Ewww!
Korang boleh tengok sendiri video challenge kencing dalam seluar ni.