in

Apa Kata Netizen Kelantan Isu Kahwin Bawah Umur

kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis-habis lagi cerita pasal pakcik kahwin dengan budak ni kan. Gempar satu Malaysia bila tular kat media sosial pasal lelaki yang berusia 41 tahun kahwin dengan budak perempuan berumur 11 tahun kat Gua Musang, Kelantan.

Bukan saja atas faktor umur yang sangat jauh berbeza, tapi status lelaki tu yang dah ada dua isteri buat kes ni jadi buah mulut ramai. Perkahwinan dorang dapat pelbagai reaksi masyarakat yang rata-rata rasa macam benda ni tak masuk akal dan siap gelar lelaki tu pedofilia. Tapi apa sebenarnya pendapat rakyat Kelantan sendiri pasal kes ni?


Mungkin orang negeri lain rasa macam pelik, tapi macam mana kalau orang Kelantan sebenarnya rasa macam biasa je kes ni? Ni admin kumpulkan pendapat beberapa orang rakyat Kelantan pasal isu ni.

 

1. “Benda ni tak pelik” – Anis, Kota Bharu

ann

“Masa mula-mula tahu, sah pakcik tu memang pedofilia. Bila dapat tahu yang budak tu asal daripada Pattani,Thailand, benda ni actually tak pelik kat sana. Sebab ibu bapa terlalu miskin. Jadi parents akan bagi anak berkahwin sebab dorang dah tak mahu tanggung anak tu lagi.”

“Pakcik tu mesti pedofilia. Kalau tak, dia tak akan kahwin dengan budak. Dia kerja peraih getah. Kalau nak ikutkan, dia tak mampu pun. Tapi nak jugak kahwin, tu semua nafsu.”

geni
Sumber: Blog

 

2. “Lelaki tu gila seks” – Firdaus, Bachok

WhatsApp Image 2018 07 11 at 17.19.192

“Mungkin lelaki tu gila seks. Sekarang ni nak akses pornografi terlalu senang. Isteri kedua merungut yang keluarga tak cukup serba serbi, suami tak jalankan tanggungjawab dengan baik, tapi lelaki tu tetap nak kahwin lagi sorang.”

“Tu maknanya dia gatal. Lepas tu guna nama Islam, konon nak menikah sebab nak tolong. Kalau betul nak tolong banyak lagi cara lain, tak perlu sampai kena kahwin dengan budak bawah umur.”

29314419 1912253658847169 7436819199684509696 n
Sumber: Facebook

 

3. “Tak boleh relate dengan agama” – Halimah, Tanah Merah

jiijk

“Saya rasa jijik dengan kes ni. Jijik sebab tengokkan usia, lelaki tu dah macam kahwin dengan anak dia sendiri. Tapi bila orang kata lelaki ni penunggang agama, saya tak setuju. Saya tak suka nak relate benda macam ni dengan agama. Honestly saya tak rasa benda ni ada kaitan dengan agama apa yang dia anuti, but instead semuanya datang dari diri dia sendiri.”

“Mungkinlah family budak tu terhutang budi sebab lelaki tu beli getah dengan bapa budak perempuan tu. Lepas tu dorang hidup miskin, jadi dorang kena survive. Mungkin bila kahwinkan anak, ringan sikit bebanan keluarga, maybe? Tapi tak tahu lah apa yang ibu bapa budak tu fikir.”

gilake
Sumber: Facebook

 

4. “Tak haram pun” – Muaz, Kuala Krai

okay

“Okay je dia nak kahwin, somehow tolong keluarga dia yang susah. Boleh ringankan beban mak ayah dia. Suami dia tu boleh tanggung budak perempuan tu, or maybe boleh tolong tanggung adik beradik budak tu yang lain ke, kalau ada.”

“Mulut orang ni kita tak boleh nak tutup. Kalau kira, tak haram pun kan marriage dorang. Dah dapat sijil nikah dah pun.”

kah

Sumber: Blog

5. “Dia tak nampak macam 11 tahun” – Wan Aini, Pasir Puteh

WhatsApp Image 2018 07 11 at 17.19.191

“Pakcik tu bernafsukan binatang. Dia kan dah ada dua isteri. Still nak tambah isteri ketiga buat apa? Tapi budak tu tak nampak macam 11 tahun la sebenarnya. Fizikal dia tu tak nampak macam budak-budak. Dia nampak macam remaja yang dah umur 18 tahun.”

“Mungkin sebab fizikal dia yang nampak macam orang dewasa, pakcik tu tak tengok dia sebagai seorang budak. Lagipun dia tak sekolah, duk ikut mak pergi kerja dari kecil, jadi dia nampak lebih matang dari usia. Maybe mental dia pun lebih matang daripada budak-budak lain yang sama umur dengan dia.”

2 6
Sumber: Facebook

 

6. “Benda ni tak jadi isu” – Mahmud, Gua Musang

6

“Dari segi hukum syarak semuanya sah dan halal, wali, saksi, akad dan lain-lain. Jadi benda ni tiada isu. Lebih elok budak tu kahwin dengan lelaki tua daripada budak-budak zaman sekarang yang tak kahwin tapi tiba-tiba mengandung anak haram.”

“Benda macam ni tak perlu nak bising sebab ada banyak lagi isu berat lain macam LGBT, kilang arak, lesen judi. Banyak lain benda lain yang boleh dibincangkan.”

aa
Sumber: Harian Metro

Macam-macam pendapat yang dorang kongsikan. Ada yang setuju, ada yang tak setuju. Apa pulak pendapat korang? Cuba share kat ruangan komen.

Baca: Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu

ok 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.