in

“Apa kata kita kahwin?” – Angeline Tan Kongsi ‘Moment’ Sebelum Dilamar Sabri Yunus

Angeline Tan Cerita Sabri Yunus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berkenalan hampir 30 tahun, pelakon ‘lejen’ Malaysia Sabri Yunus dan Angeline Tan akhirnya ke jinjang pelamin.

Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu hari ini berkongsi momen-momen sebelum kedua-dua pelakon itu memutuskan untuk berkahwin.


Artikel berkaitan: Sabri Yunus & Angeline Tan Kini Sah Jadi Pasangan Suami Isteri

Artikel berkaitan: “Banyak yang dia ajar” –  Angeline Tan Dedah Peluk Islam Atas Bimbingan Sabri

Angeline dalam satu temu ramah dengan stesen radio berkata, bibit percintaan mereka bermula selepas kedua-dua pelakon itu dalam penggambaran siri Tanya Sama Pokok.

@gegar.my

Angeline Tan kongsikan momen momen indah masa nak melamar 😍. Sebak gais dengar 30 Tahun berkenalan ❤️ #Pilihan1PantaiTimur

♬ original sound – GEGAR – GEGAR

“Selepas bekerja dalam Tanya Sama Pokok, timbul satu perasaan yang sangat ganjil dalam diri, rasa istimewa. Apabila berkawan lama, kami sudah seperti adik-beradik.

Kemudian, satu hari dia (Sabri) tanya sama ada kami boleh cuba ‘berkawan’ dan saya jawab boleh,” katanya.

Disebabkan mereka sudah lama berkenalan, Angeline menyifatkan hubungan mereka itu sangat jujur dan dia tidak perlu berpura-pura di hadapan Sabri Yunus.

“Semuanya mengalir begitu sahaja dengan semulajadi, saya tidak perlu pura-pura jadi orang lain pun depan dia.

Lebih 30 tahun kenal antara satu sama lain, dia sudah tahu banyak perkara tentang diri saya. Semua ini hanya perlukan hati yang jujur dan ikhlas.

Kemudian satu hari dia kata, ‘Angeline, kita kahwin’ dan saya juga setuju,” kongsinya lagi.

Sebagai info, kedua-dua mereka mengejutkan ramai pada 14 Oktober lalu dan mengumumkan mereka sudah bernikah.

Sweet sangat! 

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.