Apabila bergelar seorang ibu, banyak dugaan yang perlu dihadapi. Misalnya, jika ingin membawa anak-anak keluar mereka perlu menjaga keselamatan serta sentiasa peka dengan keberadaan mereka.
Pun begitu, baru-baru ini tular seuah video apabila seorang influencer TikTok @cikguayu_iamtecer yang bengang dengan tindakan sesetengah pihak yang dikatakan menjeling anaknya ketika sedang menangis.
https://www.tiktok.com/@cikguayu_imtecer/video/7201867296032279834?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378
“Kalau korang pergi kedai makan ke, ada anak kecik menangis tolonglah jangan pandang serong ke apa ke.
Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan kat rumah je?,” katanya.
Influencer tersebut turut mencadangkan sesiapa yang bertembung dengan situasi begitu untuk bungkus makanan dan jangan makan di situ ia kerana baginya kanak-kanak kecil menangis itu adalah perkara yang biasa.
“Macam terbalik je”
Namun, kenyataan dalam videonya itu sukar diterima netizen. Ramai yang beranggapan dia seharusnya cepat menenangkan anaknya itu atau mengambil pendekatan lain seperti keluar dari restoran berkenaan, bukannya menyuruh orang lain untuk keluar dari situ.
Tapi mungkin kita tak tau kot situasi waktu tu…
Baca: [VIDEO] Anak Sulung Tersentuh Ibu Belikan Hadiah Sebab Selalu Tolong Jaga Adik-Adik