in

Apa Itu Nakba 1948 & Kenapa Ia Merupakan Peristiwa Penting Untuk Diingati Rakyat Palestin?

Collage 2

Di saat Palestin sedang berjuang untuk mempertahankan tempat tinggal mereka kini, ramai penyokong-penyokong dari serata dunia turut berjuang bersama terutamanya di media sosial bagi menyampaikan maklumat yang benar mengenai apa yang berlaku di sana dan bukannya agenda palsu yang cuba disampaikan oleh Israel dan media barat.

Oleh itu, pada artikel kali ini, kita akan menceritakan mengenai Nakba atau malapetaka yang berlaku kepada rakyat Palestin pada tahun 1948, di mana hari hitam ini disambut oleh Israel sebagai hari kemerdekaan mereka.

Apa itu Nakba?

Setiap tahun pada tanggal 14 Mei, Israel akan menyambut hari kemerdekaan mereka yang dipanggil sebagai Yom Haatzmaut. Namun bagi seluruh rakyat Palestin di seluruh dunia, tarikh tersebut merupakan hari hitam buat mereka. Ia dipanggil sebagai ‘Nakba’ yang membawa maksud malapetaka sekaligus merujuk kepada penghapusan etnik Palestin yang bermula pada tahun 1948.

Selepas mendapat sokongan kerajaan British untuk membentuk negara Yahudi di Palestin, pada 14 Mei 1948 sejurus selepas mandat British luput, pasukan Zionis telah mengisytiharkan tanah tersebut kepada Israel sekaligus mencetuskan perang Arab-Israel.

Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Artikel berkaitan: Tragedi Jabalia: Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Letupan Di Kem Pelarian Palestin Yang Ragut Lebih 50 Nyawa

Ketika waktu ini, tentera Zionis telah membuang sekurang-kurangnya 750,000 rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka serta menawan 78 peratus Palestin. Baki selebihnya iaitu 22 peratus telah dibahagikan dengan apa yang dikenali sekarang sebagai Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Pertempuran ini berterusan sehingga Januari 1949 apabila satu perjanjian gencatan senjatan di antara Israel dengan Mesir, Lebanon, Jordan dan Syria telah dipalsukan. Laluan Gencatan Senjata 1949 ini juga turut dikenali sebagai Laluan Hijau dan merupakan sempadan yang diiktiraf umum antara Israel dan Tebing Barat.

Laluan Hijau ini juga turut dikenali sebagai sempadan 1967, sebelum Israel menduduki keseluruhan Palestin ketika perang Jun 1967.

Pendudukan Israel ini berterusan menjadi konflik panjang selama berdekad-dekad dan turut membentuk kehidupan Palestin yang kita tahu sekarang ini.

Pemetaan perkampungan Palestin yang dimusnahkan oleh Israel

Interactive Mapping Palestinian Villages Destroyed By Israel Infographic.png

Di antara tahun 1947 dan 1949, tentera Zionis telah menyerang bandar-bandar utama Palestin serta memusnahkan lebih kurang 530 perkampungan. Seramai 15,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam siri kekejaman besar-besaran, termasuk berpuluh-puluh pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel.

Pada 9 April 1948, tentera Zionis telah menjalankan salah satu pembunuhan besar-besaran yang sangat terkenal di kampung Deir Yassin yang terletak di pinggir barat Baitulmaqdis. Lebih 110 lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh oleh anggota militan Zionis Irgun dan Geng Stern sebelum negara Israel terbentuk.

Pelarian di negara sendiri

Interactive Where Are Palestinian Refugees Today Infographic Map.png

Ekoran dari cubaan Israel menghapuskan etnik Palestin, ada sekurang-kurangnya enam juta pelarian Palestin berdaftar telah tinggal di sekurang-kurangnya 58 kem pelarian yang terletak di dalam Palestin sendiri serta negara-negara jiran.

Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) telah membekalkan bantuan serta mengendalikan beratus-ratus sekolah dan kemudahan kesihatan untuk sekurang-kurangnya 2.3 juta pelarian Palestin di Jordan, 1.5 juta pelarian di Gaza, 870,000 pelarian di Tebing Gaza, 570,000 pelarian di Syria dan 480,000 pelarian di Lebanon.

Kem terbesar di setiap tempat ini pula merupakan Baqa’a di Jordan, Jabalia di Gaza, Jenin di Genting Barat, Yarmouk di Syria dan Eand in El Hilweh di Lebanon.

Lebih dari 70 peratus penduduk Gaza merupakan pelarian dan lebih 1.5 juta pelarian telah tinggal di lapan kem pelarian di sekitar Jalur Gaza.

Malangnya, kem terbesar di Gaza iaitu Kem Jabalia telah pun dibom oleh Israel melalui serangan udara pada Selasa lepas dan menyebabkan kematian seramai hampir 195 orang rakyat Palestin setakat ini.

Menurut undang-undang antarabangsa, pelarian mempunyai hak untuk kembali ke rumah dan harta benda mereka yang dipindahkan. Ramai rakyat Palestin masih berharap untuk dapatkan kembali hak mereka sehingga ke hari ini.

Nasib pelarian Palestin ini merupakan masalah pelarian paling lama di dunia yang masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

Kehidupan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel

Interactive What Is Israeli Occupation Infographic.png

Kawalan ketenteraan Israel terhadap orang Palestin telah memberi kesan kepada seluruh aspek kehidupan mereka, dari perkhidmatan yang boleh diakses, ke mana mereka boleh pergi sehinggalah dengan siapa mereka boleh kahwin dan di mana tempat tinggal mereka.

Disebabkan ini, NGO antarabangsa Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mengatakan bahawa Israel telah “melakukan jenayah apartheid terhadap kemanusiaan dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin”.

Di dalam salah satu siasatan yang dibuat, HRW telah mendokumentasikan pelbagai penderaan Israel terhadap rakyat Palestin termasuklah, rampasan meluas tanah dan harta Palestin, pembunuhan yang menyalahi undang-undang, pemindahan secara paksa, sekatan pergerakan drastik, penahanan pentadbiran dan penafian kewarganegaraan kepada rakyat Palestin.

Tak cukup dengan itu, setiap tahun Israel musnahkan beratus-ratus rumah orang Palestin dan menurut data yang dikumpulkan oleh OCHA, sepanjang 2009 hingga 2022, sekurang-kurangnya 8,413 struktur yang dimiliki oleh rakyat Palestin telah dimusnah oleh Israel sekaligus menyebabkan 12,491 orang kehilangan tempat tinggal.

Israel juga turut menahan seramai 4,450 rakyat Palestin termasuk 160 kanak-kanak, 32 wanita dan 530 penahanan pentadbiran di dalam penjara.

Pada 17 April setiap tahun, Hari Banduan Palestin telah dibuat bagi memperingati orang-orang yang ditahan di penjara Israel dan perjuangan mereka untuk menentang pendudukan Israel.

From the river to the sea, Palestine will be free.

Sumber: Al-Jazeera