Baru-baru ni, baru je admin update tentang empat remaja perempuan dera bayi 20 bulan sampai mati di Semporna, Sabah gara-gara tak tahan dengar budak tu asyik menangis kan?
Tapi, lepas polis jalankan siasatan ke atas empat remaja ni, dorang dapati motif sebenar remaja-remaja yang juga teman serumah ibu mangsa ni dera bayi tersebut dengan kejam kerana didorong rasa cemburu.
Menurut Awani, salah seorang dari remaja ni rupanya jealous dengan mak bayi ni sebab teman lelaki dia jatuh cinta pada ibu malang ni. So, dia panggil kawan-kawan dia untuk pukul baby ni ramai-ramai untuk balas dendam. Dorang ni sakit otak ke?
Namun, menurut Ketua Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, bukan tu je sebab dorang tergamak belasah bayi tu sampai mati tau.
“Punca kejadian berlalu kerana salah seorang suspek cemburu bila teman lelakinya berpaling tadah dan jatuh cinta dengan ibu mangsa.
“Manakala seorang lagi suspek mendera mangsa kerana tak puas hati dia sering dimarahi ibu mangsa. So, dua orang suspek ni lepaskan kemarahan pada mangsa.” Allahu, dia tak salahlahhh
Sekarang ni, suspek-suspek ini akan ditahan reman hingga esok dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Apa-pun alasan dorang, tak ada sebab langsung dorang boleh lepaskan marah dorang dekat baby tu! Harapnya dorang dapat hukuman yang setimpal.