Rasanya dah agak lama kecoh pasal pengganti Tun M nanti kan?
Menurut Berita Harian, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi PM. Beliau juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia mahukan PM baru tapi ketika itu Anwar masih berada dalam penjara.
“Rakyat mahu perdana menteri baharu, bukan perdana menteri lama ini, tetapi pada masa itu mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau pun tak boleh menerajui parti.
“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan.”
Dengan semua perhatian tertumpu kepada siapa pengganti Tun M, menurut Sinar Harian, bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik lepas era kepimpinan Tun M dan Anwar.
“Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika tidak, kita tidak akan ada kesudahan.
“Saya fikir Anwar bakal menjadi perdana menteri tetapi saya fikir kita perlu memberi tumpuan terhadap Malaysia, pasca Tun Mahathir dan pasca Anwar.”
Katanya lagi, Malaysia ada ramai pemimpin muda yang berbakat dan kemunculan generasi baru adalah tanda perubahan politik di Malaysia dan peralihan tu akan jadi lebih jelas lepas Anwar jadi PM.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa untuk empat tahun akan datang, kedua-dua PH dan BN harus ketepikan politik remeh dan bekerjasana ke arah laksanakan perubahan institusi dalam negara.
Dari sekarang kita dah kena fikir future Malaysia lepas Tun M dan Anwar.
Baca: BN Boikot Pilihan Raya Port Dickson Tak Letak Calon Lawan Anwar