in

Anwar Ibrahim Dikritik Ekoran Video Tular Islamkan Saudara Baru, Ini Penjelasan Lengkap Dr. Zul…

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu rakaman video menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan saudara baru di Masjid Ar-Rahimiah yang terletak di Klang, Selangor telah tular di media sosial.

Dalam video tersebut, Anwar dilihat telah mengajar seorang lelaki mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir termasuklah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Amirudin Shari.


Ekoran ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) meluahkan rasa kesal dengan tindakan Anwar mengislamkan pemuda tersebut secara terbuka.

Menurutnya, tindakan Anwar tidak selari dengan jawatannya sebagai pemimpin negara kerana dia perlu menjaga ketenteraman penduduk dan sentimen rakyat yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

NGO ini turut mengatakan, penglibatan Anwar yang turut dimuat naik di media sosial menunjukkan yang dia kurang sensitiviti agama.

Selain itu, pengkritik juga berpendapat tugas mengislamkan seseorang itu patut diserahkan kepada pihak berkuasa jabatan agama.

Di mana salahnya?

Kritikan yang diberikan oleh beberapa pemimpin politik bukan Muslim mengenai isu ini turut menarik perhatian Khairy Jamaluddin yang turut mengulas perkara tersebut dalam podcast Keluar Sekejap.

Menurut Khairy, dia telah menghubungi bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk mengesahkan bahawa mana-mana Muslim berhak untuk mengislamkan saudara baru.

Tak cukup dengan itu, Dr Zul turut memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai isu ini di mana beliau berpendapat agak janggal bagi seorang Perdana Menteri yang beragama Islam dan sebagai ketua dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dihalang untuk mengislamkan individu kerana beliau juga turut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Maka, hujah untuk menyatakan “ia bukan kerja Perdana Menteri” adalah tertolak sama sekali.”

Selain itu, Dr Zul turut menerangkan bahawa hak mengislamkan saudara baharu adalah hak mana-mana Muslim, termasuk Perdana Menteri serta engislaman itu sah di sisi syarak, dan tidak bercanggah dengan perlembagaan, apatah lagi akta atau enakmen berkaitan.

Jelasnya lagi, pengislaman tersebut juga merupakan permintaan Pengerusi PERKIM Klang, Tuan Haji Hushim Salleh. Apabila ada permintaan, tidak wajar ia ditangguhkan malah berdosa hukumnya jika dilewat-lewatkan.

Dr Zul turut menyatakan sokongannya kepada pemimpin negara atau negeri untuk mengislamkan orang yang ingin memeluk Islam dengan suka rela tanpa paksaan seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini seperti Tunku Abdul Rahman pada 1973, Tun Dr Mahathir yang beberapa kali mengislamkan saudara baru ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan selepas beliau bersara.

“Jabatan agama lebih sesuai Islamkan saudara baru” – Mufti Pulau Pinang

Bgbgbggb

Walaupun Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor bersependapat dengan Dr Zul bahawa tindakan Anwar mengislamkan saudara baru tidak perlu dipolemikkan, beliau berpendapat tugas mengislamkan saudara baru seeloknya diserahkan kepada pihak lain bagi mengelak sebarang kontroversi.

Menurut beliau, tugas mengislamkan seseorang boleh dilakukan oleh pihak lain termasuk pihak berkuasa agama sesebuah negeri atau NGO yang terlibat kegiatan dakwah.

Perdana menteri ada banyak tugas berat lain yang perlu dibereskan.”

Selain itu, Wan Salim turut berharap isu ini tidak menyebabkan suasana yang tidak baik sehingga membawa keretakan hubungan sama ada dalam keluarga atau sesama rakan-rakan.

Sumber: Blog, MalaysiaKini, Twitter

 

Baca: 4 Bukti Gambar Ikonik Anwar ‘Angkat Tangan’ Bukan ‘Edit’ Seperti Dakwaan Bekas Wartawan

Untitled Design 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.