Melihatkan keadaan politik negara yang agak kurang stabil, dua tokoh besar politik negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersepakat dan mahu menolak persengketaan di antara mereka untuk mengembalikan mandat rakyat.
Memetik laporan Astro Awani, kedua-dua pemimpin itu menjelaskan bahawa mereka tidak sama sekali mengiktiraf kerajaan yang ada pada hari ini kerana ianya ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat.

“Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” katanya Tun M dan DS Anwar.
Tegas tokoh politik ini lagi, mereka sudah berusia dan tidak mempunyai masa yang lama. Namun begitu, semangat perjuangan mereka masih marak dalam jiwa setiap anak muda Malaysia yang mengimpikan reformasi.
Adakah ini sinar baru buat negara Malaysia?
Kredit: Astro Awani
BACA: “Woah dgn Trump” – Netizen Teruja TSMY Terima Panggilan Dari Donald Trump, Bincang Isu Covid-19

